Al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Dzahabī (w.748H)
Doa Mustajab di sisi Kubur Para Nabi dan Orang-Orang Soleh
<<<<< >>>>>
Di antara para ulama’ yang jelas menyatakan bahawa berdoa di sisi kubur orang-orang soleh itu mustajāb (mudah diperkenankan) ialah al-Imām al-Ḥāfiẓ Shams al-Dīn Muḥammad bin Aḥmad al-Dzahabī (w.748H).
Sebagai contoh, ketika menerangkan tentang biografi al-Sayyidah Nafīsah al-Ḥasaniyyah رضي الله عنها (guru al-Imām al-Shāfiʿī di Mesir) di dalam kitabnya yang masyhur “Siyar Aʿlām al-Nubalāʾ,” Jil. 10, hal. 107-106, [cetakan Muʾassasat al-Risālah], al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Dzahabī berkata:
السيدة الْمُكَرَّمة الصَّالِحَة ابنة أمير المؤمنين الحسن بن زيد ابن السيد سبط النبي صلى الله عليه وآله وسلم الحسن بن علي رضي الله عنهما... وقيل: كانت من الصالحات العوابد، والدعاء مُسْتَجَابٌ عند قَبْرِهَا، بل وعند قبور الأنبياء والصالحين
“al-Sayyidah al-Mukarramah al-Sāliḥah, anak perempuan Amīr al-Muʾminīn al-Ḥasan bin Zayd bin al-Sayyid Sibṭ al-Nabī ص al-Ḥasan bin ʿAlī رضي الله عنهما ....
Dan qīl: Beliau (al-Sayyidah Nafīsah) adalah daripada kalangan wanita-wanita yang soleh dan ahli ibadah, dan DOA MUSTAJAB Di SISI KUBURNYA, bahkan [doa mustajab] di sisi KUBUR-KUBUR PARA NABI DAN ORANG-ORANG SOLEH.”
Nota:
Al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Dzahabī adalah salah seorang murid kanan kepada Sheikh Ibnu Taimiyyah. Namun begitu, beliau akhirnya mengkritik gurunya ini dengan agak keras di dalam kitab beliau “Bayān Zaghal al-ʿIlm” dan “al-Naṣīḥah al-Dhazabiyyah li Ibn Taymiyyah.” Golongan Wahhabi berusaha menafikan nisbah kitab dan risalah ini kepada beliau walaupun akhirnya kitab “Bayān Zaghal al-ʿIlm” ini juga diterbitkan dan ditahqiq oleh ilmuan salafi sendiri.
Dan berkenaan surat “al-Naṣīḥah al-Dhazabiyyah li Ibn Taymiyyah”, maka al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Sakhāwī, al-Imām al-Ḥāfiẓ al-ʿAlā’ī, pentahqiqnya Dr. Bashshār ʿAwwād dan Dr. Ṣalāh al-Dīn al-Munajjid telah mengesahkan kebenaran nisbah risalah ini kepada al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Dzahabī. Alhamdulillah.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1004732944771890
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"
Post a Comment