Perbanyakkan Membaca Surah Al-Ikhlāṣ

Perbanyakkan Membaca Surah Al-Ikhlāṣ

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِي لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ ؟، قَالُوا: وَكَيْفَ يَقْرَأْ ثُلُثَ الْقُرْآنِ؟ قَالَ: ﴿ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ ﴾ تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

Daripada Abū al-Dardāʾ (ʿUwaymir bin Mālik al-Anṣārī) رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Adakah ada seseorang daripada kamu yang lemah dari membaca satu pertiga (1/3) Al-Quran pada satu malam?”.

Mereka (para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ) berkata:

“Bagaimanakah seseorang itu [mampu] membaca satu pertiga Al-Quran [dalam satu malam]?.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

﴿ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ ﴾ (Surah al-Ikhlāṣ) menyamai satu pertiga Al-Quran.”

T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 813 [Lafaz di atas]; (al-Dārimī (255H): Sunan al-Dārimī), No. 3431; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 21196, 26948, 26951 & 26974; (Abū ʿAwānah (316H): Mustakhraj Abī ʿAwānah), No. 3942 & 3944 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Hadis ini juga mempunyai shawāhid yang sangat banyak dari riwayat Saidina ʿAlī bin Abū Ṭālib رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, ʿAbdullāh Ibnu Masʿūd رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, ʿAbdullāh Ibnu ʿUmar رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, ʿAbdullāh Ibnu ʿAbbās رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, ʿAbdullāh Ibnu ʿAmr رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, Abū Ayyūb al-Anṣārī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Abū Saʿīd al-Khudrī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Abū Masʿūd al-Anṣārī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Ubayy bin Kaʿb رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, al-Nuʿmān bin Bashīr رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Muʿādz bin Jabal رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Saʿd bin Abū Waqqāṣ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Jābir bin ʿAbdullāh رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, Qatādah bin al-Nuʿmān رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, Kaʿb bin ʿUjrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ dan Ummu Kulthūm [binti ʿUqbah] رَضِيَ اللهُ عَنْهَا.

Nota:

Lima (5) Asas Wirid Al-Quran

Terdapat empat (4) surah dan satu (1) ayat Al-Quran yang engkau perlu perbanyakkan membacanya di waktu siang dan malammu. Ia adalah wirid asas Al-Quran bagimu. Surah dan ayat Al-Quran tersebut ialah:

1. Surah al-Fātiḥah
2. Ayat al-Kursī
3. Surah al-Ikhlāṣ
4. Surah al-Falaq
5. Surah al-Nās

Dan janganlah engkau meninggalkan bacaannya selepas setiap kali engkau selesai mengerjakan solat fardu.

PENUNTUT ILMU - 40 Hadis Buat Anakku

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1008890994356085

0 Comment "Perbanyakkan Membaca Surah Al-Ikhlāṣ"

Post a Comment

Thank you for your comments