Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm (Pusat Fatwa Umum) Jordan (2012):
Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah Sunnah Ḥasanah
<<<<< >>>>>
Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm, al-Mamlakah al-Urduniyyah al-Hashimiyyah atau Pusat Penfatwaan Umum Jordan telah menerangkan hukum sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di dalam fatwanya bertarikh 2 Februari 2012 di bawah tajuk “Bayān Dzikrā al-Mawlid al-Nabawī al-Sharīf صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (‘Tahun 1433 Hijrah) – Ḥukm al-Iḥtifāl bi al-Mawlid al-Sharīf صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ”.
Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm (Pusat Fatwa Umum) Jordan menyebut:
... إن الاحتفال بالمولد النبوي الشريف الذي هو اجتماع الناس، وقراءة ما تيسر من القرآن، ورواية سيرة النبي صلى الله عليه وسلّم، وإنشاد شيء من المدائح النبوية، ثم إكرام الحاضرين بالطعام أو الشراب من غير زيادة على ذلك سُنَّة حسنة؛
“Sesungguhnya sambutan Mawlid Nabi al-Sharīf (yang mulia) yang merupakan perhimpunan orang ramai, pembacaan sebahagian yang sesuai daripada al-Quran, periwatan Sirah Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, dan bernasyid dengan sebahagian dari puji-pujian (madāʾiḥ) kepada Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, kemudian memuliakan para hadirin dengan jamuan makanan atau minuman tanpa ada tambahan ke atas perkara tersebut, adalah merupakan satu Sunnah yang baik (ḥasanah)."
لأن فيه تعظيما وتوقيرا لقدر النبي صلى الله عليه وسلّم، وإظهارا للفرح والاستبشار بمولده الشريف، وهو من السُّنن التي أشار إليها الرسول صلى الله عليه وسلم بقوله: (مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ) رواه مسلم.
“Ini adalah kerana padanya terdapat pengagungan dan penghormatan bagi kemuliaan Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, dan penzahiran kegembiraan serta perkhabaran kebaikan dengan kelahiran Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang mulia.
Dan ia adalah daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dengan sabdaan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
(( Barang siapa yang memulakan satu sunnah yang baik (sunnah ḥasanah) di dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepasnya tanpa mengurangkan sesuatu apa pun daripada pahala mereka )), [Imam] Muslim telah meriwayatkan hadis ini [di dalam Ṣaḥīḥnya].”
وقد دل على هذا الحكم أدلة كثيرة استند إليها العلماء في مشروعية الاحتفال بهذا اليوم العظيم ...
“Dan sesungguhnya hukum ini telah ditunjukkan oleh dalil-dalil yang banyak dan dijadikan sandaran oleh para ulama’ bagi pensyariatan sambutan hari yang agung ini (Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)…”
Sumber: Laman Sesawang Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm, Jordan di: http://www.aliftaa.jo (Akses: 24 Disember 2014)
PDF: https://ift.tt/Px1CruO
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1017705240141327
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm (Pusat Fatwa Umum) Jordan (2012):
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Dā’irat al-Iftā’ al-ʿĀmm (Pusat Fatwa Umum) Jordan (2012):"
Post a Comment