Hadith 31: Keharusan Melantunkan Syair dan Qasidah Memuji Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ atau Seumpamanya di dalam Masjid
<<<<< >>>>>
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ:
أَنَّ عُمَرَ [رَضِيَ اللهُ عَنْهُ] مَرَّ بِحَسَّانَ [رَضِيَ اللهُ عَنْهُ] وَهُوَ يُنْشِدُ الشِّعْرَ فِي الْمـَسْجِدِ فَلَحَظَ إِلَيْهِ، فَقَالَ: قَدْ كُنْتُ أُنْشِدُ وَفِيهِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ، ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَى أَبِي هُرَيْرَةَ [رَضِيَ اللهُ عَنْهُ]، فَقَالَ: أَنْشُدُكَ اللهَ أَسَمِعْتَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: (( أَجِبْ عَنِّي، اَللّٰهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ))، قَالَ: اَللّٰهُمَّ نَعَمْ.
Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa:
Sesungguhnya [Sayyidina] Umar [al-Khaṭṭāb] رَضِيَ اللهُ عَنْهُ pernah lalu berdekatan dengan [Sayyidina] Ḥassān [bin Thābit] رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ketika beliau sedang melantunkan syair (membaca syair dengan suara yang tinggi) di dalam Masjid [Nabawi], dan beliau (Umar رَضِيَ اللهُ عَنْهُ) pun memandang kepadanya.
Maka beliau (Ḥassān رَضِيَ اللهُ عَنْهُ) pun berkata: “Sesungguhnya aku pernah melantunkan/ membaca [syair] dengan suara yang tinggi ketika di dalamnya (masjid ini) ada seseorang yang lebih baik dari kamu (iaitu di hadapan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ).
Kemudian, beliau (Ḥassān رَضِيَ اللهُ عَنْهُ) pun berpaling kepada [Sayyidina] Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, dan berkata: “Aku memanggilmu dengan (kemuliaan) Allah, adakah engkau pernah mendengar Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda (kepadaku): Jawablah bagi pihakku [terhadap kaum Mushrikin dengan syair-syairmu]. Ya Allah! Bantulah dia dengan Rūḥ al-Qudus (Jibril عَلَيْهِ السَّلَامُ).”
Beliau (Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ) pun menjawab: “Ya Allah! Benar.”
T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2487 [Lafaz di atas]: Kitab Fada’il al-Sahabah/ Bab Fada’il Hassan Ibn Thabit رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ; (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 453, 3212 & 6152; dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]
Ketika mensyarahkan hadith ini, Imam al-Nawawī (w.676H) berkata:
فِيهِ جَوَازُ إِنْشَادِ الشِّعْرِ فِي الْمـَسْجِدِ إِذَا كَانَ مُبَاحًا وَاسْتِحْبَابُهُ إِذَا كَانَ فِي مَمَادِحِ الْإِسْلَامِ وَأَهْلِهِ أَوْ فِي هِجَاءِ الْكُفَّارِ وَالتَّحْرِيضِ عَلَى قِتَالِـهِمْ أَوْ تَحْقِيرِهِمْ وَنَحْوِ ذَلِكَ وَهَكَذَا كَانَ شِعْرُ حَسَّانَ وَفِيهِ اسْتِحْبَابُ الدُّعَاءِ لِمَنْ قَالَ شِعْرًا مِنْ هَذَا النَّوْعِ
“Padanya [dalil] keharusan melantunkan syair di dalam masjid apabila syair itu berkaitan sesuatu yang harus; dan [dalil] ia disunatkan apabila syair itu berkaitan dengan puji-pujian kepada Islam dan ahlinya, atau jika ia untuk menjatuhkan kafir (harbi) dan mendorong bagi memerangi mereka atau menghina mereka (kafir harbi) dan seumpamanya, dan begitulah bentuk syair [Sayyidina] Hassan رَضِيَ اللهُ عَنْهُ dan padanya juga [dalil] sunat mendoakan bagi sesiapa yang melantunkan syair dari jenis (yang baik) ini..”
T: (al-Nawawī (676H): al-Minhāj: Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim Ibn al-Ḥajjāj).
<<<<< >>>>>
31.1 Larangan Melantunkan Syair Jahiliyyah dan Kebatilan di dalam Masjid
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ:
نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ الْأَشْعَارِ فِي الْمـَسْجِدِ، وَعَنِ الْبَيْعِ وَالْاِشْتِرَاءِ فِيهِ، وَأَنْ يَتَحَلَّقَ النَّاسُ فِيهِ يَوْمَ الْجـُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلَاةِ
Daripada ʿAbdullāh Ibnu ʿAmr رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya:
“Baginda Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melarang daripada dilantunkan syair-syair di dalam masjid; dan daripada jualan dan belian dilakukan di dalamnya; dan daripada perbuatan orang ramai yang duduk dalam kumpulan-kumpulan yang banyak di dalamnya pada hari Jumaat sebelum solat [Jumaat].”
T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 322 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (حَدِيثُ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ حَدِيثٌ حَسَنٌ); (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 715; (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 749 dan lain-lain. [Status: Hasan].
Hadith ini seolah-seolah bertentangan pada zahirnya dengan hadith sebelum ini yang membenarkan syair dilantunkan di dalam masjid. Kaedah pengharmonian (tawfīq) di antara makna kedua-dua hadith ini telah disebut oleh Al-Imām al-Ḥāfiẓ Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī di dalam “Fatḥ al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī”, di mana beliau berkata:
فَالْجـَمْعُ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَدِيثِ الْبَابِ أَنْ يُحْمَلَ النَّهْيُ عَلَى تَنَاشُدِ أَشْعَارِ الْجـَاهِلِيَّةِ وَالْمـُبْطِلِينَ وَالْمَأْذُونُ فِيهِ مَا سَلِمَ مِنْ ذَلِكَ
“Dan kaedah untuk menghimpunkan di antara hadith ini dan hadith yang menjadi asas dalam bab ini ialah:
Larangan yang disebutkan [di dalam hadith ini] diletakkan pada lantunan syair-syair jahiliyyah dan golongan yang batil.
Dan [lantunan syair] yang dibenarkan ialah syair-syair yang bebas/sejahtera daripada elemen-elemen (jahiliyyah dan kebatilan) tersebut.”
R: (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H): Fatḥ al-Bārī bi Sharḥ Ṣāḥīḥ al-Bukhārī), Jilid 1/13, p.527.
PENUNTUT ILMU
- 40 Hadith Kemuliaan Masjid dan Adab-adabnya (2020)
- Dalil Keharusan Melantunkan Syair dan Qasidah Mawlid Nabawi di dalam Masjid
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1022672339644617
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Hadith 31: Keharusan Melantunkan Syair dan Qasidah Memuji Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ atau Seumpamanya di dalam M...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Hadith 31: Keharusan Melantunkan Syair dan Qasidah Memuji Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ atau Seumpamanya di dalam M..."
Post a Comment