KEISTIMEWAAN SAIDINA ABŪ MŪSĀ AL-ASHʿARĪ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ DAN KELUARGA AL-ASHʿARIYYUN BERDASARKAN AL-SUNNAH
<<<<< >>>>>
Hadis 1:
Kedatangan Saidina Abū Mūsā al-Ashʿarī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ dan Keluarga Beliau (Al-Ashʿariyyūn) ke Madinah Diberitakan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kepada Para Sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
(( يَقْدَمُ عَلَيْكُمْ غَدًا أَقْوَامٌ، هُمْ أَرَقُّ قُلُوبًا لِلْإِسْلَامِ مِنْكُمْ ))، قَالَ: فَقَدِمَ الْأَشْعَرِيُّونَ، فِيهِمْ أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ، فَلَمَّا دَنَوْا مِنَ الْمَدِينَةِ، جَعَلُوا يَرْتَجِزُونَ يَقُولُونَ:
غَدًا نَلْقَى الْأَحِبَّهْ
مُحَمَّدًا وَحِزْبَهْ
فَلَمَّا أَنْ قَدِمُوا تَصَافَحُوا، فَكَانُوا هُمْ أَوَّلَ مَنْ أَحْدَثَ الْمُصَافَحَةَ.
Daripada Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:
“Akan datang kepada kalian esok hari beberapa kaum (kumpulan manusia), mereka mempunyai hati yang lebih lembut bagi agama Islam ini berbanding kalian.”
Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ berkata:
“Maka datanglah keluarga al-Ashʿariyyūn dan di kalangan mereka terdapat Abū Mūsā al-Ashʿarī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ. Tatkala mereka mendekati Madinah, mereka melantunkan syair dengan berkata:
غَدًا نَلْقَى الْأَحِبَّهْ
“Pada esok hari kami akan bertemu dengan para kekasih.”
مُحَمَّدًا وَحِزْبَهْ
“[Nabi] Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan ḥizb (para pengikut) Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.”
Dan apabila mereka tiba, mereka saling bersalaman/ berjabat tangan [dengan kami].
Mereka adalah orang pertama yang memulakan [sunnah] berjabat tangan/ bersalaman [ketika bertemu].”
T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 11615, 12171 [Lafaz di atas], 12461, 12921 & 13357; (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 7348 & 7349; (al-Ḍiyāʾ al-Maqdisī (643H): al-Aḥādīth al-Mukhtārah), No. 1764 & 1765; (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Kubrā), No. 8291 dan lain-lain. [Status: Ḥasan atau Ṣaḥīḥ li ghayrih]
PENUNTUT ILMU - Isyarat Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ kepada Kebenaran Al-Ashāʿirah
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1020690103176174
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
KEISTIMEWAAN SAIDINA ABŪ MŪSĀ AL-ASHʿARĪ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ DAN KELUARGA AL-ASHʿARIYYUN BERDASARKAN AL-SUNNAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "KEISTIMEWAAN SAIDINA ABŪ MŪSĀ AL-ASHʿARĪ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ DAN KELUARGA AL-ASHʿARIYYUN BERDASARKAN AL-SUNNAH"
Post a Comment