Apakah RUU Mufti Wilayah 2024?

Apakah RUU Mufti Wilayah 2024?

<<<<< >>>>>

Rang Undang-Undang Mufti Wilayah 2024 meletakkan syarat-syarat berikut bagi menjawat jawatan Mufti Wilayah dan Timbalan Mufti Wilayah:

1 - Seorang warganegara Malaysia.

2 - Seorang Ahli Sunah Waljamaah.

3 - Mempunyai kepakaran dalam Hukum Syarak.

Kemudian ia menjelaskan makna "Ahli Sunah Waljamaah" seperti berikut:

"Bagi maksud seksyen ini, "Ahli Sunah Waljamaah" ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunah:

(a) berkenaan dengan akidah, yang mengikuti pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah;

(b) berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa; dan

(c) berkenaan dengan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali

RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini adalah penting untuk:

1. Menambaik baik, memajukan, dan membangun pentadbiran Islam agar lebih seragam, lengkap dan sistematik di Wilayah Persekutuan.

2. Memperkasakan undang-undang undang-undang pentadbiran Islam di Wilayah Persekutuan.

3. Menjadi rujukan utama bagi institusi kerajaan dan pentafsiran undang-undang di Wilayah Persekutuan.

4. Mengukuhkan amalan Islam yang telah sekian lama diwarisi dan diamalkan di Wilayah Persekutuan.

5. Memelihara perpaduan umat Islam serta mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan khususnya di Wilayah Persekutuan.

6. Mengekang elemen radikalisme, ekstremisme, liberalisme, dan sebarang ajaran menyeleweng yang boleh merosakkan pentafsiran Islam di Wilayah Persekutuan.

<<<<< >>>>>

Semoga kefahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah terus subur di bumi Malaysia ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1016255633619621

0 Comment "Apakah RUU Mufti Wilayah 2024?"

Post a Comment

Thank you for your comments