Naratif Jahat dan Tindakan Zalim Terhadap Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
<<<<< >>>>>
Antara naratif-naratif jahat yang sering diulang-ulang oleh golongan Wahhabi bagi memburuk-burukkan sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ialah:
[1] Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah merupakan warisan Syiah Fāṭimiyyah di Mesir.
[2] Perarakan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah seperti perarakan Thaipusam – hanya di Malaysia.
[3] Orang yang menyambut Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sebenarnya meraikan kewafatan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
[4] Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ umpama sambutan Nasrani bagi kelahiran Jesus atau Nabi Isa صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
[5] Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah bid’ah terlarang dan bukannya bid’ah hasanah.
Mereka menggunakan pelbagai helah dan cara untuk memburuk-burukkan sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ di kalangan umat Islam.
[6] Bahkan ISIS telah memecat para imam di Iraq yang berkhutbah tentang Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
[7] Dan ISIS juga menjalankan hukuman rotan dan sebat ke atas orang-orang Islam yang mengagihkan manisan (halawiyyat) pada hari Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
[8] Dan gerakan teroris berideologi Salafi-Wahhabi juga mempunyai rekod menyerang sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ seperti di Yaman dan Pakistan.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1021247626453755
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Naratif Jahat dan Tindakan Zalim Terhadap Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Naratif Jahat dan Tindakan Zalim Terhadap Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ"
Post a Comment