*GOLONGAN MUJASSIMAH MENGHALALKAN PENIPUAN DAN FITNAH KE ATAS MUSUH MEREKA*
Di antara sikap golongan ahli bid’ah *mujassimah* (yang meletakkan sifat jisim dan makhluk pada Allah) adalah:
“ *mereka menghalalkan penipuan dan fitnah bagi memenangkan fahaman mereka dan menjatuhkan musuh mereka* .”
Hakikat ini telah dinyatakan oleh al-Imām Shaykh al-Islām Tāj al-Dīn ʿAbd al-Wahhāb al-Subki (w.771H) bin al-Imām Shaykh al-Islām Qāḍī al-Quḍāh al-Mufassir al-Muḥaddith al-Uṣūlī al-Faqīh al-Muqr’ al-Mutakallim al-Naḥwī al-Adīb Taqiyy al-Dīn ʿAlī bin ʿAbd al-Kāfī al-Subkī (w. 756H) di dalam kitabnya yang masyhur “Ṭabaqāt al-Shāfiʿiyyah al-Kubrā.”
Beliau berkata di dalam kitab ini (Jil. 2/10, hal:16):
وَفِي المبتدعة لَا سِيمَا المجسمة زِيَادَة لَا تُوجد فِي غَيرهم وَهُوَ أَنهم يرَوْنَ الْكَذِب لنصرة مَذْهَبهم وَالشَّهَادَة عَلَى من يخالفهم فِي العقيدة بِمَا يسوءه فِي نَفسه وَمَاله بِالْكَذِبِ تأييدا لاعتقادهم ويزداد حنقهم وتقربهم إِلَى اللهِ بِالْكَذِبِ عَلَيْهِ بِمِقْدَار زِيَادَته فِي النّيل مِنْهُم فَهَؤُلَاءِ لَا يحل لمُسلم أَن يعْتَبر كَلَامهم
“Dan pada kalangan ahli-ahli bidʾah itu terutamanya golongan *mujassimah*, mereka mempunyai *satu sifat tambahan* yang tidak ada pada [ahli-ahli bid’ah] selain mereka iaitu:
mereka berpandangan bahawa:
[i] *mereka dibolehkan melakukan penipuan/pendustaan (al-kadzib) untuk memenangkan mazhab mereka,* dan
[ii] *membuat persaksian palsu ke atas sesiapa yang bertentangan dengan mereka di dalam aqidah dengan [suatu persaksian] yang memburuk-burukkan dirinya dan hartanya dengan penipuan*, bagi mendokong aqidah mereka.
Dan semakin bertambah kemarahan mereka dan “pendekatan mereka kepada Allah” dengan melakukan penipuan ke atasnya (musuh mereka) dengan kadar bertambahnya kritikannya (musuh mereka) terhadap mereka (kaum mujassimah).
Maka mereka itu (kaum mujassimah):
*tidak halal bagi seorang Muslim untuk mengambil kira kata-kata mereka* .”
<<<<< >>>>>
Sebagai contoh, mereka:
- mengubah kandungan kitab para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah supaya sesuai dengan aqidah mereka.
- membuat riwayat palsu terhadap para Imam Ahli Sunnah Wal Jama’ah supaya dilihat mendukung fahaman mereka.
- membuat kisah palsu terhadap ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah atau ahli keluarganya bertujuan mengaibkan para ulama’ yang mengkritik mereka.
- mencipta hadis-hadis palsu yang menggambarkan Allah seperti manusia dan mempunyai sifat-sifat jisim seperti duduk bersilang kaki, berbaring, menyerupai manusia dan seumpamanya.
Semoga Allah memelihara umat Islam daripada kejahatan golongan Mujassimah.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1014354690476382
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
*GOLONGAN MUJASSIMAH MENGHALALKAN PENIPUAN DAN FITNAH KE ATAS MUSUH MEREKA*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "*GOLONGAN MUJASSIMAH MENGHALALKAN PENIPUAN DAN FITNAH KE ATAS MUSUH MEREKA*"
Post a Comment