Penduduk Kubur Dibentangkan Tempat Tinggalnya di Syurga atau Neraka Sebanyak Dua (2) Kali Sehari

Penduduk Kubur Dibentangkan Tempat Tinggalnya di Syurga atau Neraka Sebanyak Dua (2) Kali Sehari

<<<<< >>>>>

عَنْ ابْنِ عُمَرَ ب، أَنَّ رَسُولَ اللهِ ق قَالَ:

(( إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ، إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ، يُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ))

Daripada ‘Abdullah Bin ‘Umar ب, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah  bersabda:

“Sesungguhnya setiap orang daripada kamu, apabila dia meninggal dunia kelak, makan akan dibentangkan kepadanya tempat tinggalnya [di Akhirat] pada setiap awal pagi dan malam [di dalam kuburnya].

Sekiranya dia daripada ahli syurga, maka [dibentangkan tempatnya] di kalangan penduduk syurga.

Dan sekiranya dia daripada ahli neraka, maka [dibentangkan tempatnya] di kalangan penduduk neraka.

Dan dikatakan kepadanya: “Inilah tempat tinggalmu, dan Allah akan membangkitkan (menghantar) kamu kepadanya kelak pada hari Kiamat.”

T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 1379, 3240 & 6515; (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2868 [Lafaz di atas] & 2869 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1005387224706462

0 Comment "Penduduk Kubur Dibentangkan Tempat Tinggalnya di Syurga atau Neraka Sebanyak Dua (2) Kali Sehari"

Post a Comment

Thank you for your comments