Nasihat Imam Mālik (w.179H) kepada Khalifah al-Manṣūr (w.158H):

Nasihat Imam Mālik (w.179H) kepada Khalifah al-Manṣūr (w.158H):

“Hendaklah Mengadap ke Maqam Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم Ketika Berdoa di sisi Maqam Baginda صلى الله عليه وآله وسلم kerana Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah Wasīlah Kita kepada Allah سبحانه وتعالى”

<<<<< >>>>>

Khalifah al-Manṣūr (Abū Jaʿfar bin ʿAbdullāh bin Muḥammad) (95H-158H) bertanya kepada al-Imām Mālik (93H-179H):

يَا أَبَا عَبْدِ اللهِ، أَسْتَقْبِلُ الْقِبْلَةَ ، وَأَدْعُو أَمْ أَسْتَقْبِلُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ؟

“Wahai Abu ʿAbdillāh (Imam Malik). Patutkah aku mengadap kiblat dan berdoa, ataupun aku patut mengadap Rasulullah [صلى الله عليه وآله وسلم sambil berdoa]?”

Al-Imām Mālik menjawab:

وَلِمَ تَصْرِفُ وَجْهَكَ عَنْهُ، وَهُوَ وَسِيلَتُكَ وَوَسِيلَةُ أَبِيكَ آدَمَ صلى الله عليه وآله وسلم إَلَى اللهِ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ؟ بَلِ اسْتَقْبِلْهُ، وَاسْتَشْفِعْ بِهِ، فَيَشْفَعُهُ اللهُ، قَالَ اللهُ تَعَالَى: ﴿ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ﴾ ( النساء : 64 ) الآية .

“Mengapakah engkau perlu memalingkan wajahmu daripada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , sedangkan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم adalah wasilahmu dan wasilah bapamu [Nabi] Adam [عليه السلام] kepada Allah سبحانه وتعالى pada hari kiamat?

Bahkan, hendaklah engaku menghadap kepada [maqam] Baginda صلى الله عليه وآله وسلم [ketika berdoa], dan mohonlah syafaat melalui Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , maka Allah [pasti] mengurniakan syafaat kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم [bagi memperkenankan doamu].

Allah سبحانه وتعالى berfirman (al-Nisā’:54):

((Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu [wahai Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ] lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani)).”

Sumber: al-Qāḍī ʿIyāḍ (w.544H) – al-Shifā bi Taʿrīf Ḥuqūq al-Muṣṭafā. Jil. 2/2, hal. 92-93.

PENUNTUT ILMU

[Tiba-tiba muncul di akhir zaman, golongan Takfiri yang mendakwa bahawa berdoa di sisi kubur orang-orang soleh adalah satu bentuk syirik akbar yang menjadikan pengamalnya murtad, musyrik dan halal darah serta hartanya. Kita memohon perlindungan dengan Allah dari salah faham dalam agama-Nya ini]



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1004743671437484

0 Comment "Nasihat Imam Mālik (w.179H) kepada Khalifah al-Manṣūr (w.158H):"

Post a Comment

Thank you for your comments