Al-Imām ʿAbdullāh Ibnu al-Mubārak (w.181H):

Al-Imām ʿAbdullāh Ibnu al-Mubārak (w.181H):

Kemuliaan Menyebarkan Ilmu Agama

<<<<< >>>>>

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْحَسَنِ بْنِ شَقِيقٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ:
قِيلَ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمـُبَارَكِ: لَوْ قِيلَ لَكَ لَمْ يَبْقَ مِنْ عُمُرِكَ إِلَّا يَوْمٌ مَا كُنْتَ صَانِعًا؟، قَالَ: كُنْتُ أُعَلِّمُ النَّاسَ

Daripada Muḥammad bin ʿAlī bin al-Ḥasan bin Shaqīq, beliau berkata: Aku telah mendengar ayahku berkata:

“Telah ditanya kepada [al-Imām] ʿAbdullāh Ibnu al-Mubārak (w.181H):

“Jika dikatakan kepadamu bahawa tidak ada yang berbaki dari umurmu melainkan satu hari sahaja, apakah yang akan engkau lakukan?.”

Beliau menjawab: “Aku akan mengajar [ilmu] kepada orang ramai.”

T: (al-Bayhaqī (458H): al-Madkhal ilā al-Sunan al-Kubrā), No. 473, hal. 309.

Beliau juga berkata:

وَلَا أَعْلَمُ بَعْدَ النُّبُوَّةِ دَرَجَةً أَفْضَلَ مِنْ بَثِّ الْعِلْمِ

“Dan aku tidak mengetahui satu darjat selepas [darjat] kenabian yang lebih afdal dari [darjat] menyebarkan ilmu [agama].”

R:(al-Mizzī (742H): Tahdzīb al-Kamāl fī Asmāʾ al-Rijāl), Jil. 16, hal. 20.

PENUNTUT ILMU DAN ADAB

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1016193370292514

0 Comment "Al-Imām ʿAbdullāh Ibnu al-Mubārak (w.181H):"

Post a Comment

Thank you for your comments