Photos from Penuntut Ilmu's post

Al-Imām al-Ḥāfiẓ Abū Shāmah al-Maqdisī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w. 665H):

- Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dengan Pelbagai Bentuk Ibadah dan Penzahiran Kesyukuran adalah di antara Bid’ah [Ḥasanah] Yang Terbaik

- Dan Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ini Masyhur Dilakukan Secara Besar-Besar oleh Raja Yang Sunnī (ASWJ), al-Sūlṭān al-Dayyin al-Malik al-Muʿaẓẓam Muẓaffar al-Dīn Abū Saʿīd Kūkburī bin ʿAlī bin Baktakīn bin Muḥammad al-Turkmānī.

<<<<< >>>>>

Al-Imām al-Ḥāfiẓ Shihāb al-Dīn Abū Shāmah, ʿAbd al-Raḥmān bin Ismāʿīl bin Ibrāhīm al-Maqdisī al-Shāfiʿī (w.665H) adalah seorang ḥāfiẓ dalam bidang hadis, al-muqriʾ, al-faqīh, sejarawan dan ahli bahasa, daripada kalangan ulama’ besar hadis bermazhab Shāfiʿī dan bermanhaj al-Ashʿarī yang memegang jawatan Shaykh Dār al-Ḥadīth al-Ashrafiyyah dan Mashyakhah al-Iqrā’ di al-Turbah al-Ashrafiyyah, serta guru kepada al-Imam Shaykh al-Islām Muḥyī al-Dīn al-Nawawī (w.676H).

Setelah memberi definisi tentang istilah “Bid’ah Ḥasanah”, beliau menyebut di dalam kitabnya “al-Bāʿith ʿalā Inkār al-Bidaʿ wa al-Ḥawādith”, hal. 21:

وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتُدِعَ فِي زَمَانِنَا مِنْ هَذَا الْقَبِيلِ مَا كَانَ يُفْعَلُ بِمَدِينَةِ إِرْبِلَ جَبَرَهَا اللهُ تَعَالَى فِي كُلِّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ المْـُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ مِنَ الصَّدَقَاتِ، وَالمْـَعْرُوفِ، وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ

“Dan di antara perkara terbaik yang dicipta/ dimulakan pada zaman kita ini dari jenis [bid’ah ḥasanah] ini adalah:

apa yang dilakukan pada setiap tahun di bandar Irbil – semoga Allah menampung kekurangannya- pada hari yang bersepakat dengan [hari] kelahiran Baginda [Rasulullah] صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dari [pelbagai bentuk] amalan bersedekah, amalan-amalan kebajikan, penzahiran perhiasan dan kegembiraan.”

فَإِنَّ ذٰلِكَ مَعَ مَا فِيهِ مِنَ الْإِحْسَانِ إِلَى الْفُقَرَاءِ مُشْعِرٌ بِمَحَبَّتِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ وَتَعْظِيمِهِ وَجَلَالَتِهِ فِي قَلْبِ فَاعِلِهِ وَشُكْرِ اللهِ تَعَالَى عَلَى مَا مَنَّ بِهِ مِنْ إِيجَادِ رَسُولِهِ الَّذِي أَرْسَلَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَى جَمِيعِ الْمـُرْسَلِينَ

“Sesungguhnya [semua amalan] itu – bersama dengan perbuatan ihsan (sedekah) kepada para fakir miskin yang terdapat padanya - menzahirkan:

[i] tanda kecintaan [pengamalnya] kepada Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, [bukti] penghormatan dan pengagungan kepada Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang ada di dalam hati orang yang melakukannya, serta

[ii] kesyukuran[nya] kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى di atas nikmat yang telah Dia (Allah) kurniakan dengan menciptakan Rasul-Nya صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang Dia utuskan sebagai rahmat ke seluruh alam – Semoga Allah berselawat dan mengurniakan kesejahteraan ke atas Baginda dan ke atas semua para Rasul.”

وَكَانَ أَوَّلَ مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ بِالْمـَوْصِلِ الشَّيْخُ عُمَرُ بْنُ مُحَمَّدُ الْمـُلَّا أَحَدُ الصَّالِحـِينَ الْمـَشْهُورِينَ، وَبِهِ اقْتَدَى فِي ذَلِكَ صَاحِبُ إِرْبِلَ وَغَيْرُهُ رَحِمَهُمُ اللهُ تَعَالَى

“Dan orang pertama yang melakukan perkara tersebut (sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) di al-Mawṣil (Mosul, Iraq) ialah al-Shaykh ʿUmar bin Muḥammad al-Mullā, salah seorang daripada kalangan para ṣāliḥīn yang masyhur.

Dan dengannya lah, pemerintah Irbil (al-Malik Muẓaffar al-Dīn) dan selain beliau mengambil teladan [bagi sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ].”

<<<<< >>>>>

Nota:

Ṣāḥib Irbil (pemerintah Irbil) merujuk kepada:

al-Sūlṭān al-Dayyin (Sultan yang kuat beragama) al-Malik al-Muʿaẓẓam (Raja yang agung) Muẓaffar al-Dīn Abū Saʿīd Kūkburī bin ʿAlī bin Baktakīn bin Muḥammad al-Turkmānī (w.630H).

Beliau adalah Khalifah Islam Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang pertama membuat sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ secara besar-besaran di peringkat negara, bahkan antarabangsa, dengan menjemput tetamu dari luar negaranya untuk sambutan tersebut, serta membelanjakan harta untuk sambutan ini.

Di dalam “Siyar Aʿlām al-Nubalā’”, al-Imām al-Ḥāfiẓ al-Dzahabī telah menerangkan biografi beliau yang sangat mulia.

Beliau terkenal dengan banyak bersedekah, membina madrasah buat para Fuqahā’ dan membina ribāt bagi para Ṣufiyyah serta menyintai mereka, bersikap tawaduk, seorang sunnī (Ahli Sunnah Wal Jama’ah), membelanjakan harta dengan bersedekah ketika sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan lain-lain.

>>>>

Semoga bermanfaat

PENUNTUT ILMU - Fatwa Ulama' Muktabar bagi Sambutan Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ





(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/1024985012746683

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments