Sudah Masuk Azan Tapi Belum Selesai Solat



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Pukul 5.30 pagi saya buat solat taubat, solat tahajud, solat hajat dan solat witir. Subuh masuk waktu 5.49 pagi. Tiba2 ketika solat witir, azan Subuh berkumandang. Apa status solat witir saya? Terima kasih..

Jawapan :

Solatnya SAH dan HARUS meneruskan solat, sama ada solat wajib atau solat sunat. Bagaimanapun, adalah lebih aula (utama) tidak menunaikan solat ketika azan berkumandang kerana kita disunatkan supaya mendengar dan menjawab azan.

Waktu perlaksanaan Solat Witir :


حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ حَدَّثَنِي مُسْلِمٌ عَنْ مَسْرُوقٍ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُلَّ اللَّيْلِ أَوْتَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَانْتَهَى وِتْرُهُ إِلَى السَّحَرِ....


Telah menceritakan kepada kami 'Umar bin Hafsh berkata, telah menceritakan kepada kami Bapakku berkata, telah menceritakan kepada kami Al A'masy berkata, telah menceritakan kepadaku Muslim dari Masyruq daripada Sayyidatina 'Aisyah beliau berkata, "Sepanjang malam Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan Solat Witir dan berhenti pada waktu sahur."

=====================
CATATAN DAN RUJUKAN:

المراجع:

۱. المجموع (4/ms 184-185)
٢. المغني (2/ms 118-119)
٣. أحكام السماع والاستماع. محمد معين (ms/32)
٤.  فتح الباري (2/ms 176/177)
٥. Bughyatul Tullab (Jawi)


Wallahua'lam...

oleh IbnuQassem@Salafytobat93

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Sudah Masuk Azan Tapi Belum Selesai Solat"

Post a Comment

Thank you for your comments