Memasukkan Ubat ke Dalam Dubur dan Hubungannya dengan Puasa



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Apakah terbatal puasa seseorang itu jika doktor memasukkan ubat jenis krim ke dalam dubur pesakit? Doktor berkenaan juga memeriksa kawasan tersebut bagi memastikan tiada jangkitan lain.


Jawapan :

Antara perkara yg membatalkan puasa ialah sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka. Dubur adalah antara anggota yg terbuka, maka perbuatan doktor memasukan ubat jenis krim ke dalam dubur pesakit adalah membatalkan puasa pesakit berkenaan. Oleh yg demikian pesakit wajib mengqadha puasanya yang batal itu.

Sumber:

Badan yang mengisukan fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu : 2003


oleh Ustaz اليسع

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Memasukkan Ubat ke Dalam Dubur dan Hubungannya dengan Puasa"

Post a Comment

Thank you for your comments