Asha'irah dan Maturidi Merupakan Aliran Majoriti Umat Islam



Dari Group MSO-D12 - Nota Aqidah Tauhid ASWJ

Kajian The Royal Islamic Strategic Studies Centre menunjukkan bahawa Asha'irah dan Maturidi merupakan aliran majoriti umat Islam dengan 90 peratus keseluruhan umat Islam didunia adalah pengikut aliran Ahl al-Kalam ini.

Hasil kajian ini turut dipersetujui oleh al-Qaradawi iaitu ketika mana beliau mempertahankan Universiti al-Azhar yang berpegang dengan akidah Asha'irah daripada tohmahan golongan Salafiyyah Wahabiyyah, beliau menyatakan bahawa Asha'irah merupakan pegangan majoriti umat Islam di seluruh dunia pada hari ini (www.islamonline.net)

Oleh itu, jika kajian dan kenyataan ini dijadikan ukuran,maka benarlah kenyataan al-Zabidi yang berpendapat bahawa secara umumnya Ahl al-Sunnah wa al-Jamaa'h terdiri daripada kalangan Asha'irah dan Maturidi. Manakala al-Subki pula menyatakan bahawa pengikut-pengikut Imam Abu Hanifah,Imam Malik, Imam al-Shafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal semuanya adalah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan mereka ini berada bersama Asha'irah

AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA'AH AL-ASHA'IRAH: SATU PENGENALAN


Muhammad Rashidi bin Haji Wahab Muhammad Faizul bin Azmi
Dr. Abdull Rahman bin Mahmood


IRSYAD AL-FATWA : TAFSIRAN PEGANGAN DAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Tarikh Keputusan : 25 Februari 2016

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:

1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/933-tafsiran-pegangan-dan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamah.

Kata Guru kami Syeikh Muhammad Husni Ginting hafidzohullah:

Ulama-ulama besar yang ditempah dan belajar berpuluh tahun sudah banyak yang meninggal dunia, kini banyak pula timbul ulama-ulama segera yang baru belajar kemarin jadi ulama, baru baca Waraqat sudah jadi ulama, baru baca Baiquniyyah sudah jadi Muhaddis, baru baca Al-Ajurumiyyah sudah dipanggil ulama, baru saja ikut talaqqi sudah dipanggil Syeikh, sehingga inilah benih-benih orang yang memberi fatwa kemudian menyesatkan orang lain. Masak nasi perlu waktu yang cukup, masak bubur perlu masa yang cukup, mahu jadi ulama juga mesti waktu yang cukup, berawal dari matan al-Ajurumiyyah hingga ke Hasyiah Sobban, dari matan Waraqat ke Syarah Jam`ul Jawami`, dari matan Abi Syuja` ke Hasyiah Syirwani, dan lain-lainnya, tapi kalau jadi ulama berpandukan buku-buku terjemahan Indonesia, maka sadarlah diri bahwa kita belum alim lagi, Rasul SAW bersabda:

رحم الله امرءا عرف قدره

Ertinya: Allah menyayangi orang yang mengetahui batas kemampuannya.

Kejar dan mengajilah dengan ulama -ulama yang puluhan tahun mengji, seperti di Kedah Syeikh Sholeh Sik, Syeikh Wan Izuddin dll, di Kelantan Syeikh Wan Umar, Syeikh Hamzah, Syeikh Muhammad Nur dan lain-lain hanya tinggal beberapa orang lagi tinggal dan hidup, raih keberkatan dari mereka, jangan nanti tuan-tuan guru sudah tiada baru kita hendak menyesal.

Di Malaysia sendiri belum ada pengganti Syeikh Abdullah Lubuk Tapah, Syeikh Hashim Pasir Tumbuh, Syeikh Abdul Hamid Darga, Syeikh Sulaiman Siram, Syeikh Musa Tumpat, Syeikh Abdul Aziz Fathoni, mereka telah mendahului kita, tetapi generasi kita belum lagi memilki pengganti mereka, Ya Allah benar sabda NabiMu tentang tanda hari qiamat banyaknya ulama yang wafat. ~

Perkongsian Ustaz اليسع

Klik link ini untuk join group Nota Aqidah Tauhid ASWJ:
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Asha'irah dan Maturidi Merupakan Aliran Majoriti Umat Islam"

Post a Comment

Thank you for your comments