Nafkah Dan Zakat Isteri Yang Dalam ‘Iddah



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum.... nak tnya...perlu kah seseorg yg da bcerai masih dalam eddah si lelaki masih bertanggungjawab membayar zakat fitrah utk si perempuan...mohon penjelasan...

Jawapan kami;

Nafkah dan zakat isteri yang dalam ‘iddah

i. Isteri yang ber‘iddah kerana talak raj‘ie (talak satu atau dua), sama ada dia hamil ataupun tidak, maka wajib baginya seluruh nafkah daripada suaminya, yang berupa sara hidup, makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh ‘iddahnya atau sehingga melahirkan anak dalam kandungannya.

Oleh yang demikian, zakat fitrah bagi isteri yang ditalak dengan talak raj‘ie yang tidak hamil dan belum tamat tempoh ‘iddahnya sebelum terbenam matahari pada malam ‘eid (hari raya) wajib dikeluarkan oleh suaminya. Jika suami mentalak isterinya setelah terbenam matahari akhir Ramadhan (malam ‘eid), maka suami wajib mengeluarkan fitrah isteri yang ditalak itu.

ii. Isteri yang ber‘iddah kerana talak ba’in (kerana talak tiga atau kerana khulu‘) yang tidak hamil, maka dia tidak menerima nafkah sara hidup dan pakaian dari (bekas) suami. Bagaimanapun isteri tersebut berhak tempat tinggal dan lauk pauk sepanjang tempoh ber‘iddah.

Oleh yang demikian, suami tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri yang ditalak dengan talak ba’in sekalipun tidak hamil. Ini kerana kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang ditalak ba’in telah gugur. Bahkan wajib bagi perempuan tersebut untuk mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya jika dia berkemampuan.

Isteri yang ber‘iddah kerana talak ba’in dan sedang hamil pula, menurut sepakat ulama diberikan nafkah dan tempat tinggal selama dalam tempoh kehamilan sehingga dia melahirkan anak dalam kandungannya dan disyaratkan anak dalam kandungan itu adalah keturunan daripada suami yang menceraikannya.

Oleh yang demikian, suami wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi isteri yang ditalak dengan talak ba’in yang sedang hamil.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

Irsyad Hukum,
Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei


Soalan 2:

Apakah hukum bkas suami kpd isteri(skrg janda) yg sudah bercerai 2 tahun yg lalu mmbayar zakat fitrah utk bkas isterinya wlpn isterinya bukan lg di bawah tanggungannya?

Jawapan kami;

Tidak harus mengeluarkan zakat untuk bekas isteri melainkan dengan izinnya.

وكالأجنبي فلا يجوز إخراجها عنه إلا بإذنه-الباجوري
Ustaz اليسع

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Nafkah Dan Zakat Isteri Yang Dalam ‘Iddah"

Post a Comment

Thank you for your comments