6 Syarat Pekerjaan Yang Dibenarkan Berbuka Puasa



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)


Soalan:
Tu hari saya terdengar ada pendapat membolehkan tidak berpuasa disebabkan bekerja sebagai buruh (kerja kasar) tetapi tiada penyata ini dtg dgn dalil atau di petik dr mana mana kitab...

"Katanya dibenarkan tidak berpuasa bagi org yg bekerja sebagai binaan sebab kerja berat...

Persoalan adakah benar penyataan tersebut?...
Mohon penjelasan...

Jawapan kami;

Disebutkan oleh al-Sayyid Abdurrahman bin Muhammad Ba’ alawi, Mufti Negeri Hadhramaut zamannya;

“Tidak harus membatalkan puasa dengan  semata-mata dia seorang pengetam (penuai), pemetik kurma dan pembajak tanah, kecuali memenuhi enam syarat, sebagaimana kita ketahui daripada ungkapan para fuqaha';

1- Tidak mungkin menunda kerja tersebut pada bulan Syawal

2- Pekerjaan tersebut sukar dilakukan pada malam hari, atau tidak memadai (tidak sesuai jika dilakukan pada malam hari) sehingga mengakibatkan kerosakan atau berkurangnya meskipun tidak dianggap mendatangkan kerugian.

3- Dia merasakan kesukaran sekiranya berpuasa iaitu kesukaran yang tidak mampu ditanggung pada adatnya, dengan gambaran kesukaran tersebut sehingga pada had batasan yang memperbolehkannya bertayammum atau duduk ketika melakukan solat fardhu. Hal ini berbeza dengan pendapat Ibn Hajar.

4- Pada malam harinya dia tetap berniat puasa dan pada pagi harinya juga dalam keadaan berpuasa. Ia tidak boleh membatalkan puasanya kecuali benar-benar ada uzur.

5- Pembatalan puasa tersebut harus diniatkan untuk melakukan rukhsah, agar ada perbezaan antara pembatalan yang diharuskan daripada yang lainnya (yang tidak diharuskan) sebagaimana orang yang sakit ketika ingin membatalkan puasa kerana sakit maka hendaklah disertai dengan niat untuk mendapatkan rukhsah juga.

6- Tidak bermaksud menjadikan pekerjaan dan penderitaan tersebut semata-mata perantaraan untuk mendapatkan rukhsah. Sekiranya ada maksud seperti itu maka dia tidak diharuskan melakukan pembatalan puasa sebagaimana seorang musafir yang mempunyai tujuan dengan perjalanan musafirnya itu semata-mata untuk mendapatkan rukhsah.

Oleh itu, jika syarat-syarat di atas dipenuhi, maka diharuskan baginya melakukan pembatalan puasa, sama ada pekerjaan tersebut untuk dirinya ataupun untuk orang lain meskipun dia bukanlah satu-satunya orang yang boleh menyelesaikan pekerjaan tersebut. Bahkan masih terdapat orang lain yang sanggup melakukannya. Apabila satu syarat saja tidak dipenuhi maka dia akan mendapatkan dosa besar, wajib menegahnya dan mentakzirnya berdasarkan keterangan sebuah riwayat;

“Sesungguhnya barangsiapa membatalkan puasa Ramadan sehari saja tanpa keuzuran, maka puasa sepanjang masa (صوم الدهر) tidak akan mampu menggantikanya.”(Bughyah al-Mustarsyidin).

Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz اليسع

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "6 Syarat Pekerjaan Yang Dibenarkan Berbuka Puasa"

Post a Comment

Thank you for your comments