Status Hadith Nama Ahmad atau Muhammad Dijamin Tidak Masuk Neraka
Dari Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4
Soalan:
Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk surga? Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana Aku telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."
🔵Apakah status hadith ini? Jazakumullahu khair
Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat
يُوقَفُ عَبْدَانِ بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ فَيَأْمُرُ بِهِمَا إِلَى الْجَنَّةِ فَيَقُولَانِ: رَبَّنَا بِمَ اسْتَأْهَلْنَا دُخُولَ الْجَنَّةِ وَلَمْ نَعْمَلْ عَمَلًا تُجَازِينَا بِهِ الْجَنَّةَ فَيَقُولُ اللَّهُ أَدْخِلَا عَبْدَيَّ فَإِنِّي آلَيْتُ عَلَى نَفْسِي أَلَّا يَدْخُلَ النَّارَ مَنِ اسْمُهُ أَحْمَدُ وَمُحَمَّدٌ
Diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Qadhi al-Maristan dalam Masyaikhah Qadhi al-Maristan, Ibnu Bukair dalam Fadhail al-Tasmiyah Bi Ahmad Wa Muhammad dan Ibnu al-Fakhir dalam Mujibat al-Jannah daripada Anas bin Malik secara marfu’.
Ia dinilai palsu oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhu’at, al-Sayuthi dalam al-Laali’ al-Masnu’ah dan Ibnu ‘Arraq dalam Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ kerana salah seorang perawinya, Ahmad bin Nasr bin Abdillah bin al-Fath al-Zira’ adalah seorang pendusta.
Channel Nota Q&A Hadith ⭐️ MSO-D4
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Status Hadith Nama Ahmad atau Muhammad Dijamin Tidak Masuk Neraka"
Post a Comment