Berbuka Awal Dari Waktu Berbuka Puasa Sebenar



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

ada batal puasa sy jikalau berbuka puasa terawal seminit kerana tidak mengetahui waktu magrib telah berubah...

semalam waktu berbuke 7.23..arini 7.24..sy tidak mengetahui waktu dah berubah..

Jawapan kami;

Jikalau seseorang telah berbuka puasa dengan pegangan bahawa sesungguhnya waktu maghrib telah masuk. Namun, kemudian TERNYATA waktu maghrib masih belum masuk, maka puasa tersebut batal dan ia wajib diqadha.

Walaubagaimanapun, selagimana tidak ternyata kesilapannya itu, maka puasanya tetap sah (al-Bujairimi).

Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqh;

. لا عبرة بالظن البين خطؤه
"Tidak diambilkira dengan sangkaan yang nyata salahnya."

العبرة في العبادة بما في ظن المكلف وبما في نفس الأمر

"Yang diambilkira dalam ibadah adalah dengan apa yang ada pada sangkaan mukallaf dan dengan apa yang ada pada sesuatu perkara (realiti)."

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Berbuka Awal Dari Waktu Berbuka Puasa Sebenar"

Post a Comment

Thank you for your comments