MSO adalah gabungan group-group dalam aplikasi telegram. Untuk menyertai group telegram kelolaan MSO perlu download aplikasi telegram dalam playstore, install dan daftar. Kemudian klik pada link
http://madrasahsunnionline.blogspot.my/2015/10/pengenalan-mso.html dan klik group telegram MSO yang anda ingin sertai.
DASAR/TERAS PEGANGAN MADRASAH SUNNI ONLINE MSO
1) Dalam
bidang AKIDAH, MSO berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ASWJ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan pegangan majoriti ulamak dan umat Islam sejak dahulu.
2) Dalam
bidang FIQH, MSO berpegang pada mazhab Syafi’i dengan merujuk kepada kitab-kitab muktabar mazhab supaya umat Islam tidak keliru dan selaras dalam sesuatu hukum. Di samping itu, MSO juga menerima pandangan mazhab-mazhab fiqh yang lain seperti mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali sebagai mazhab fiqh yang muktabar di sisi ASWJ.
3) Dalam
bidang TASAWWUF, MSO menerima semua aliran tasawwuf yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Antara ulamak tasawwuf yang menjadi rujukan MSO adalah Imam al-Junaid, Imam al-Qusyairi, Imam al-Ghazali dan seumpamanya.
4)
MSO menghormati semua ulamak Islam daripada semua aliran dan mazhab tanpa menghukum mana-mana ulamak sebagai kafir atau fasik.
5) Tentang
hukum beramal dengan hadis dhaif, MSO berpegang dengan pendapat majoriti ulamak yang menjelaskan bahawa hadis dhaif boleh diamalkan dalam bab fadhail amal, targhib dan tarhib dengan syarat-syarat tertentu serta mengambil kira khilaf dalam kalangan ulamak terhadap status sesuatu hadis.
6) Dalam
persoalan bidaah, MSO mengikut pegangan majoriti ulamak bahawa bidaah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah dhalalah (sesat).
🍂ADAB BERDISKUSI DLM DEWAN-DEWAN ILMU MSO🍂
Mafhum hadith:
"Aku penghulu di laman syurga bagi sesiapa yg meninggalkan debat, sekalipun dia di pihak yg benar "
"Allah membenci bagi kalian 3 perkara: Bergossip, menyia-nyiakan harta & banyak bertanya"
HR Bukhari 1383/1477
🔗Boleh bertanya para asatizah di sini, cuma jgn mendesak agar segera dijawab. Mohon jaga adab semasa bertanyakan soalan. Lebih baik jawapan yg diberi mempunyai sandaran dari kitab atau nama ulama' yang dirujuk. Beri masa kpd asatizah kita utk membuat rujukan. Ahli group yang lain (selain asatizah) tidak dibenarkan memandai-mandai menjawab tanpa rujukan.
🔗Admin MSO berhak mengeluarkan ahli yg tidak mematuhi peraturan dan tidak menjaga adab sepanjang berdiskusi dan berkongsi ilmu.
وما توفيقي الا بالله عليه توكلت واليه انيب
Wallahu a'lam.
URUSETIA
Madrasah Sunni Online MSO
0 Comment "Pengumuman MSO"
Post a Comment