Sah Solat Fardhu Berimamkan Imam Solat Sunat



Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

peristiwa ni terjadi d sebuah surau..jemaah muslimat menunggu azan isyak utk solat isyak..lama jgk tggu,xdgr jgk azannya..last2 yg dgr,pengumuman imam(sy agk) utk mengadakn tahlil..ini kebiasaan bg surau ini utk buat tahlil lpas solat isyak..jemaah muslimat pon terkejut la,rupa2nya dh habis solat isyak!!!tp jmaah muslimat ni xsolat isyak lg..mereka terus dgn acara masjid tersebut..lepas tahlil,tarawikh n witir..lepas witir,barulah jemaah muslimat ini buat solat isyak secara nafsi2..soalan sy ialah:
1)bolehkah mlakukn solat isyak dgn ikut imam yg buat solat tarawikh?
2)solat isyak dlaksanakn lepas solat sunat tarawikh dan witir..macam mna tu?
#terima kasih sudi menjawab..

Jawapan kami;

1) Melakukan solat Isyak dengan mengikut imam yang buat solat terawih hukumnya adalah harus. Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

وتصح قدوة المؤدي بالقاضي والمفترض بالمتنفل وفي الظهر بالعصر وبالعكس-المنهاج

"Sah ikutan orang yang solat tunai dengan yang qadha, dan yang solat fardhu dengan yang solat sunat, dan pada yang solat Zuhur dengan Asar dan sebaliknya..."

2) Solat sunat terawih dan witir mestilah dilaksanakan selepas melakukan solat Isyak. Disebutkan oleh Zainuddin al-Malibari;

ووقت الوتر كالتراويح بين صلاة العشاء ولو بعد المغرب في جمع التقديم وطلوع الفجر

"Waktu solat witir itu sama seperti waktu solat terawih, iaitu di antara solat Isyak (selepas melakukan solat Isyak) walaupun selepas Maghrib (dalam waktu Maghrib) pada jamak takdim dan terbit fajar (masuk waktu Subuh)."

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Sah Solat Fardhu Berimamkan Imam Solat Sunat"

Post a Comment

Thank you for your comments