Tertidur Bukan Ketika Duduk Dalam Solat Wuduk & Solatnya Batal
Dari Channel Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
Soalan:
🔴baru2 ni dlm keadaan yg terlalu penat sy paksa jg diri utk solat isyak. Solat duduk dan sy perasan sy tertdo dlm bbrp pergerakan sms solat tersebut. Sah tak solat sy. Sy cuba utk tdk mnggalkan solat..
Jawapan kami;
Jika seseorang tidur di dalam solatnya ketika sedang duduk iaitu ketika punggungnya tetap di atas lantai, maka solat tidak batal tanpa khilaf dalam kalangan ulamak mazhab Syafi'i.
Namun, jika seseorang yang sedang solat tertidur bukan ketika duduk (seperti ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Menurut pandangan yang menjadi pegangan mazhab Syafi'i (muktamad); wuduk dan solatnya akan terbatal (al-Majmuk 2/16-17).
Wallahu a'lam
oleh Ustaz اليسع
Usrah Solat Q&A Ibadah MSO-D7
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Tertidur Bukan Ketika Duduk Dalam Solat Wuduk & Solatnya Batal"
Post a Comment