Photos from Penuntut Ilmu's post

Kenabian (Nubuwwah) Telah Ditetapkan bagi Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Ketika Nabi Adam عَلَيْهِ السَّلَامُ Masih di antara Roh dan Jasad

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ:

قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، مَتَى وَجَبَتْ لَكَ النُّبُوَّةُ؟ قَالَ: وَآدَمُ بَيْنَ الرُّوحِ وَالْجـَسَدِ

Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:

Para sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ berkata kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “Wahai Rasulullah, bilakah telah wajib (/ditetapkan) kenabian bagi Tuan?.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab: “Ketika [Nabi] Adam [عَلَيْهِ السَّلَامُ] masih di antara roh dan jasad (/belum dimasukkan roh ke dalam tubuhnya).”

T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3609 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ); (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 4141; (al-Ajurri (360H): al-Shari'ah), No. 962 & 963; (al-Lālikā’ī (418H): Sharḥ Uṣūl Iʿtiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah), No. 1403; (Abū Nuʿaym al-Aṣbahānī (430H): Dalā'il al-Nubuwwah), No. 8; (al-Bayhaqī (458H): Dalā'il al-Nubuwwah), No. 460; (Ibn Hibban (354H): al-Thiqat), No. 7 dan lain-lain.

Nota:

Di dalam hadis ini terdapat isyarat yang laṭīfah bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “maksud atau tujuan atau hikmah” di sebalik penciptaan Nabi Adam عَلَيْهِ السَّلَامُ.

Al-Imām al-ʿAllāmah al-Mufassir al-Muḥaddith al-Shaykh ʿAbdullāh Sirāj al-Dīn al-Ḥusaynī (w.1422H), meletakkan hadis ini di dalam kitabnya “Shahādat Lā Ilāha Illā Allah, Muḥammad Rasūlullāh صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ” di bawah tajuk [hal. 148]:

الْحَادِي عَشَرَ: وَهُوَ ص أَوَّلُ الْأَنْبِيَاءِ نُبُوَّةً فِي عَالَمِ الْأَرْوَاحِ

“[Keistimewaan (Khaṣāʾiṣ)] Kesebelas: Baginda ص adalah Merupakan Nabi Pertama Yang Dikurniakan Kenabian di Alam Roh.”

Beliau telah menyenaraikan dua belas (12) keistimewaan (khaṣāʾiṣ) Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang beliau namakan sebagai “Awwaliyyāt al-Maʿālī” (Kemuliaan Kedudukan Pertama).

Keistimewaan-keistimewaan tersebut ialah (hal. 144-152):

[1] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang mana bumi akan terbelah bagi kebangkitannya di akhirat kelak.

[2] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang akan melihat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى di akhirat kelak.

[3] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang diberi keizinan untuk berbicara di akhirat kelak, lalu Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ akan memuji Allah dengan pujian-pujian yang terindah.

[4] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang diberikan keizinan untuk bersujud di akhirat kelak.

[5] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang akan memberikan syafaat (shāfiʿ) dan diterima syafaatnya (mushaffaʿ).

[6] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “Nabi pertama” yang umatnya akan dihakimi di akhirat kelak sebelum umat-umat yang lain.

[7] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “Nabi pertama” yang akan melintasi titian sirat bersama umatnya di akhirat kelak.

[8] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang akan memegang pemegang pintu syurga.

[9] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang dibukakan baginya pintu syurga.

[10] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang akan memasuki syurga.

[11] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “Nabi pertama” yang dikurniakan kenabian di alam roh (ʿālam al-arwāḥ).

[12] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “manusia pertama” yang bersaksi dengan menyebut: “Balā” (Bahkan, Ya Allah) ketika Allah mengambil perjanjian daripada zuriat Nabi Adam عَلَيْهِ السَّلَامُ di alam dzarr atau alam mīthāq (perjanjian).

[13] Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah “Nabi pertama” yang diciptakan Allah di alam roh (ʿālam al-arwāḥ).

صَـلَّى اللهُ عَلَيـْهِ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَـلَّمَ

“Semoga Allah melimpahkan rahmat bersama penghormatan dan kesejahteraaan ke atas Baginda, keluarga Baginda dan para sahabat Baginda”

PENUNTUT ILMU









(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/980553563856495

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments