Hadith Ke-16:
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ Mendoakan Keampunan Bagi Seseorang Yang Mengerjakan Haji dan Bagi Seseorang Yang Didoakan Keampunan oleh Orang Yang Mengerjakan Haji
<<<<< >>>>>
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ :
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِلْحَاجِّ، وَلِـمَنِ اسْتَغْفَرَ لَهُ الْحـَاجُّ
Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ bersabda (berdoa):
“Ya Allah, berilah keampunan kepada orang yang mengerjakan haji (al-ḥājj), dan juga kepada sesiapa yang didoakan keampunan oleh orang yang mengerjakan haji.”
T: (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 1544 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ); (Ibn Khuzaymah (311H): Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 2356; (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Kubrā), No. 9620; (al-Haythamī (807H): Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 1152; (al-Ṭabarānī (360H): al-Mu'jam al-Saghir), No. 1086; (al-Ṭabarānī (360H): al-Muʿjam al-Awsaṭ), No. 8594; (al-Bayhaqī (458H): Shuʿab al-Imān), No. 4112 & (al-Khaṭīb al-Baghdādī (463H): Tārīkh Baghdād), No 4497.
Nota:
Hadith ini menunjukkan kelebihan doa keampunan yang dilakukan oleh orang-orang yang mengerjakan haji.
Maka hendaklah orang-orang yang mengerjakan haji itu mendoakan keampunan bagi orang-orang muslim yang lain apatah lagi buat dirinya sendiri, ahli keluarganya, sahabatnya dan seumpamanya.
Hadith ini juga merupakan dalil bagi anjuran meminta seseorang yang pergi mengerjakan haji mendoakan keampunan buat kita kerana doanya yang mustajab.
PENUNTUT ILMU - Kitab: Mutiara Nabawiyah Berkenaan Kelebihan Haji, Umrah dan Ziarah (2021)
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/977865324125319
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Hadith Ke-16:"
Post a Comment