Kemunculan Golongan Manusia Yang Suka Membuat Fitnah dan Mengaibkan Orang Lain di Akhir Zaman

Kemunculan Golongan Manusia Yang Suka Membuat Fitnah dan Mengaibkan Orang Lain di Akhir Zaman

<<<<< >>>>>

Wali Allah yang masyhur, al-Imām Fuḍayl bin ʿIyāḍ (w.187H) menyatakan bahawa akan muncul seburuk-buruk golongan manusia yang suka membuat fitnah dan mengaibkan orang lain di akhir zaman kelak.

Al-Imām Abū al-Shaykh al-Aṣbahānī (w.369H) meriwayatkan dengan sanad yang ṣāḥīḥ di dalam kitabnya “al-Tawbīkh wa al-Tanbīh”, No. 213 daripada al-Imām Fuḍayl bin ʿIyāḍ (w.187H) bahawa beliau berkata:

فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ بَهَّاتُونَ، عَيَّابُونَ، فَاحْذَرُوهُمْ؛ فَإِنَّهُمْ أَشْرَارُ الْخـَلْقِ، لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ نُورُ الْإِسْلَامِ، وَهُمْ أَشْرَارٌ، لَا يَرْتَفِعُ لَهـُمْ إِلَى اللهِ عَمَلٌ

“Di akhir zaman nanti, akan muncul golongan manusia yang sering melakukan fitnah (cerita palsu), dan mengaibkan orang-orang lain, maka berhati-hatilah dengan mereka.

Sesungguhnya mereka adalah seburuk-buruk makhluk, tidak ada cahaya Islam di dalam hati-hati mereka, dan mereka adalah orang-orang yang jahat, tidak terangkat bagi mereka sesuatu amalan pun kepada Allah.”

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/973814241197094

0 Comment "Kemunculan Golongan Manusia Yang Suka Membuat Fitnah dan Mengaibkan Orang Lain di Akhir Zaman"

Post a Comment

Thank you for your comments