*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Diberi Pilihan oleh Untuk Menjadi Seorang Nabi dan Raja atau Seorang Rasul dan “Hamba”
<<<<< >>>>>
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ:
جَلَسَ جِبْرِيلُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرَ إِلَى السَّمَاءِ، فَإِذَا مَلَكٌ يَنْزِلُ، فَقَالَ جِبْرِيلُ: إِنَّ هَذَا الْمـَلَكَ مَا نَزَلَ مُنْذُ يَوْمِ خُلِقَ قَبْلَ السَّاعَةِ، فَلَمَّا نَزَلَ، قَالَ: يَا مُحَمَّدُ، أَرْسَلَنِي إِلَيْكَ رَبُّكَ، قَالَ: أَفَمَلِكًا نَبِيًّا يَجْعَلُكَ، أَوْ عَبْدًا رَسُولًا؟، قَالَ جِبْرِيلُ: تَوَاضَعْ لِرَبِّكَ يَا مُحَمَّدُ، قَالَ: (( بَلْ عَبْدًا رَسُولًا ))
Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:
“Pernah pada satu ketika [Saidina] Jibril عَلَيْهِ السَّلَامُ duduk bersama Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, lalu ia melihat ke langit, dan tiba-tiba satu malaikat telah datang [ke arah mereka].
[Saidina] Jibril عَلَيْهِ السَّلَامُ pun berkata: “Sesungguhnya malaikat ini tidak pernah turun [ke bumi ini] sejak ia diciptakan sehingga ke saat ini.
Apabila malaikat tersebut turun/ tiba, ia berkata: “Wahai Muhammad, Tuhanmu telah mengutuskan daku kepadamu,” dan ia berkata lagi: “Adakah engkau mahu Tuhanmu menjadikanmu seorang Nabi lagi Raja, atau seorang Rasul lagi Hamba (orang biasa)?.”
[Saidina] Jibril عَلَيْهِ السَّلَامُ pun berkata: *“Bertawaduklah (rendahkan dirimu) kepada Tuhanmu, wahai Muhammad.”*
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda: *“Bahkan, [jadikanlah daku] seorang “Hamba” lagi Rasul-Nya.”*
T: (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 7120 [Lafaz di atas]; (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 6365; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 6105; (al-Būṣīrī (840H): Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No. 8649; (al-Haythamī (807H): Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 1259; (Ibn ʿAsākir (571H): Tārīkh Dimashq), No. 2259 & 2260 & (Ibn Abī al-Dunyā (281H): al-Tawāḍuʿ wa al-Khumūl), No. 125. [Status: Ṣaḥīḥ]
*(al-Haythamī (807H): Majmaʿ al-Zawāʾid wa Manbaʿ al-Fawāʾid), No. 14209, Jil. 9/10, hal. 18 dan beliau berkata: (رَوَاهُ أَحْمَدُ، وَالْبَزَّارُ، وَأَبُو يَعْلَى، وَرِجَالُ الْأَوَّلَيْنِ رِجَالُ الصَّحِيحِ).
*PENUNTUT ILMU*
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/981169040461614
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "*Mulakan Hari Kita dengan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ*"
Post a Comment