Pembuka Kebaikan dan Penutup Kejahatan atau Pembuka Kejahatan dan Penutup Kebaikan

Pembuka Kebaikan dan Penutup Kejahatan atau Pembuka Kejahatan dan Penutup Kebaikan

<<<<< >>>>>

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

(( إِنَّ هَذَا الْخـَيْرَ خَزَائِنُ، وَلِتِلْكَ الْخـَزَائِنِ مَفَاتِيحُ، فَطُوبَى لِعَبْدٍ جَعَلَهُ اللهُ مِفْتَاحًا لِلْخَيْرِ مِغْلَاقًا لِلشَّرِّ، وَوَيْلٌ لِعَبْدٍ جَعَلَهُ اللهُ مِفْتَاحًا لَلشَّرِّ مِغْلَاقًا لِلْخَيْرِ ))

Daripada Sahl bin Saʿd رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Sesungguhnya kebaikan (agama) ini adalah khazanah-khazanah tersimpan, dan bagi khazanah-khazanah ini ada kunci-kuncinya.

Maka bertuahlah bagi mana-mana hamba yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci pembuka bagi kebaikan dan penutup bagi kejahatan.

Dan celakalah bagi mana-mana hamba yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci pembuka bagi kejahatan dan penutup bagi kebaikan.”

T: (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 238 [Lafaz di atas]; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 7526; (al-Rūyānī (307H): Musnad al- Rūyānī), No. 1049; (Ibn Ḥajar al-ʿAsqalānī (852H): al-Maṭālib al-ʿĀliyah bi Zawāʾid al-Masānid al-Thamāniyah), No. 3132; (al-Būṣīrī (840H): Itḥāf al-Khiyarah al-Maharah bi Zawāʾid al-Masānīd al-ʿAsharah), No. 564; (al-Ṭabarānī (360H): al-Muʿjam al-Kabīr), No. 5812 & 5956; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H): Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 12865; (al-Bukhārī (256H): al-Tārīkh al-Kabīr), No. 618 dan lain-lain. [Pada sanadnya ʿAbd al-Raḥmān bin Zayd bin Aslam]

Lafaznya di dalam riwayat al-Imām al-Bukhārī (w.256H) di dalam “al-Tārīkh al-Kabīr”, No. 618, berbunyi:

إِنَّ عِنْدَ اللهِ خَزَائِنَ الْخَيْرِ وَالشَّرِّ، مَفَاتِيحُهَا الرِّجَالُ

“Sesungguhnya di sisi Allah itu khazanah-khazanah kebaikan dan keburukan.

Anak-anak kunci bagi khazanah-khazanah ini adalah para lelaki (manusia).”

Nota:

Ya Allah, jadikanlah kami sebagai anak-anak kunci khazanah-khazanah kebaikan milik-Mu. Allāhumma, āmīn.

PENUNTUT ILMU

(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/973824891196029

0 Comment "Pembuka Kebaikan dan Penutup Kejahatan atau Pembuka Kejahatan dan Penutup Kebaikan"

Post a Comment

Thank you for your comments