Al-Imām al-Ḥāfiẓ Shaykh al-Islām al-Nawawī (w.676H):
Bersedekah untuk Ibu Bapa yang Telah Wafat adalah Merupakan Satu Kebajikan terhadap Mereka, dan Pahalanya Sampai kepada Mereka Tanpa Khilāf
<<<<< >>>>>
Al-Imām al-Ḥāfiẓ Shaykh al-Islām Yaḥyā bin Sharaf al-Nawawī (w.676H) menyebut di dalam “Sharḥ Ṣaḥīḥ Muslim”, Jil. 1/18, hal. 89:
مَنْ أَرَادَ بِرَّ وَالِدَيْهِ فَلْيَتَصَدَّقْ عَنْهُمَا فَإِنَّ الصَّدَقَةَ تَصِلُ إِلَى الْمَيِّتِ وَيَنْتَفِعُ بِهَا بِلَا خِلَافٍ بَيْنَ الْمُسْلِمِينَ وَهَذَا هُوَ الصَّوَابُ
“Barang siapa yang mahu berbakti kepada kedua ibu bapanya [selepas kewafatan mereka], maka hendaklah dia melakukan sedekah untuk mereka berdua.
Sesungguhnya [pahala] sedekah itu sampai kepada si mati dan dia mendapat manfaat dengannya, tanpa ada sebarang perbezaan pandangan di kalangan [ulama’] umat Islam [berkenaan isu ini].
Dan inilah pandangan yang benar.”
Nota:
Pihak yang menganjurkan kenduri arwah dan memberi makan kepada para hadirin, pada kebiasaannya, berniat untuk menghadiahkan pahala sedekah makanan tersebut kepada si mati yang diadakan majlis Tahlil Arwah untuknya.
Sekiranya si mati yang diadakan majlis Tahlil Arwah untuknya (yang didoakan dan dihadiahkan pahala untuknya) ialah kedua-dua ibu bapa penganjur yang telah wafat, maka ia termasuk dalam kebaktiannya terhadap kedua ibu bapanya. Alhamdulillah.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/971985274713324
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Al-Imām al-Ḥāfiẓ Shaykh al-Islām al-Nawawī (w.676H):
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Al-Imām al-Ḥāfiẓ Shaykh al-Islām al-Nawawī (w.676H):"
Post a Comment