(100) FAHAMAN WAHABI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
[Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014. 7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014]
Sub Soalan:
(a)
Apakah sejarah fahaman ini di Selangor dan setakat manakah kesannya terhadap masyarakat?
[Jawapan]
Fahaman ini dapat di kesan sejak tahun 1997.
Lambakan bahan – bahan penulisan dan buku – buku yang berunsur fahaman Wahabi yang cuba mempengaruhi masyarakat Islam adalah antara sebab fahaman ini tersebar khususnya di Negeri Selangor.
Selain itu, munculnya beberapa tokoh berfahaman Wahabi yang memberi ceramah-ceramah secara terbuka samada di masjid atau surau atau seminar-seminar dan sebagainya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat
Fahaman ini telah memberi kesan negatif kepada masyarakat Islam itu sendiri kerana telah menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat.
Ia juga telah mengelirukan masyarakat mengenai amalan yang sering menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini.
Fahaman ini telah menyesatkan golongan tertentu yang tidak sealiran dengan pemikiran yang dibawa termasuklah ulama’-ulama’ muktabar seperti ulama’-ulama’ aliran Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah dan lain-lain.
(b)
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk membanteras fahaman ini?
[Jawapan]
Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif bagi membendung kesan negatif ini antaranya seperti berikut:
[1] Memperkasakan tauliah mengajar di masjid dan surau Negeri Selangor bagi mengawal pengajar atau penceramah yang boleh menimbulkan suasana tidak mesra atau tuduh menuduh antara satu sama.
[2] Memperbanyakkan majlis penjelasan pengukuhan akidah seperti khutbah, seminar, forum dan lain-lain secara berkala tentang bahaya aliran pembid’ahan terhadap amalan tradisi.
[3] Mengeluar dan menyebarkan bahan penerbitan berkaitan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk edaran ke masjid, surau, agensi-agensi kerajaan atau swasta dan sebagainya bagi menyanggah aliran pembid’ahan.
[4] Mengeluar dan menerbitkan buku modul akidah mengenai tajuk “Prinsip- prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah” , “Bida’ah: Satu Penilaian Semasa” dan Simptom-simptom Penyelewengan Akidah, Syariah dan Akhlak” untuk panduan umat Islam Negeri.
[5] Sedang menyiapkan Buku Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk dijadikan sebagai buku pengajian di Masjid-masjid dan Surau-surau di seluruh Negeri.
[6] Mengadakan Simposium Serantau Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kerjasama UNITEN pada 19 dan 20 Nov 2013 di UNITEN, Bandar Baru Bangi.
(c)
Adakah pihak kerajaan telah mengeluarkan fatwa tentang fahaman ini?
[Jawapan] Tiada fatwa khusus berkaitan fahaman [ini].
<<<<< >>>>>>
Cadangan:
Fatwa Yang Khusus Berkenaan Fahaman Wahabi Perlu Dikeluarkan Segera Dengan Pencirian Secara Terperinci Tentang Ciri-Ciri Ajarannya.
PENUNTUT ILMU
https://ift.tt/WNOyMob
PDF: https://ift.tt/HDgZwn1
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/977267190851799
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "(100) FAHAMAN WAHABI"
Post a Comment