Selawat Dibentangkan kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada Hari Jumaat; Orang Yang Paling Dekat dengan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ialah Orang Yang Paling Banyak Berselawat
<<<< >>>>
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Daripada Abū Umāmah al-Bāhilī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:
“Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada setiap hari Jumaat, sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat.
Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku daripada kalangan mereka, maka dialah orang yang paling hampir kedudukannya denganku.”
T: (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Kubrā), No. 5532 [Lafaz di atas] dan kemudian beliau berkata: (وَرُوِيَ ذَلِكَ مِنْ أَوْجُهٍ، عَنْ أَنَسٍ بِأَلْفَاظٍ مُخْتَلِفَةٍ، تَرْجِعُ كُلُّهَا إِلَى التَّحْرِيضِ عَلَى الصَّلاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ وَيَوْمَ الْجُمُعَةِ، وَفِي بَعْضِ إِسْنَادِهَا ضَعْفٌ، وَفِيمَا ذَكَرْنَا كِفَايَةٌ، وَبِاللَّهِ التَّوْفِيقُ); (al-Bayhaqī (458H): Shuʿab al-Īmān), No. 3032; (al-Bayhaqī (458H): Hayat al-Anbiya' fi Quburihim), No. 12 & (Ibn al-Kamal al-Hanbali (688H): al-Muntaqa min Sama'at Muhammad Ibn 'Abd al-Rahim al-Maqdisi), No. 19.
*(al-Mundzirī (656H): al-Targhīb wa al-Tarhīb min al-Ḥadīth al-Sharīf), Jilid 2/4, p. 328 dan beliau berkata: (رَوَاهُ الْبَيْهَقِيّ بِإِسْنَاد حسن إِلَّا أَن مَكْحُولًا قيل لم يسمع من أبي أُمَامَة).
Penuntut Ilmu
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/910454440866408
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Selawat Dibentangkan kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada Hari Jumaat; Orang Yang Paling Dekat dengan Baginda ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Selawat Dibentangkan kepada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pada Hari Jumaat; Orang Yang Paling Dekat dengan Baginda ..."
Post a Comment