Fatwa Terenganu (2021) [Diwartakan]: Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Berpandukan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah <<<<< >>>>> N...

Fatwa Terenganu (2021) [Diwartakan]: Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Berpandukan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah

<<<<< >>>>>

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF TERENGGANU DARUL IMAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTORITI

Jil. 74, No.16
5hb Ogos 2021
TAMBAHAN No. 2

No. 860

ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU) 1422H/2001M

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 49

MENURUT seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M [En.Tr.2/2001], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Terengganu, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 50(6) enakmen itu.

JADUAL

PEGANGAN AHLI SUNAH WAL JAMAAH BERPANDUKAN AJARAN AL-ASYA’IRAH DAN AL-MATURIDIAH

Ajaran al-Asya’irah dan Al-Maturidiah.

Bahawasanya:

Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Terengganu Darul Iman hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan sejak dahulu hingga sekarang.

Dari segi akidah, ia hendaklah berpandukan kepada manhaj al-Asya’irah dan al-Maturidiah.

Dari segi syariat, ia hendaklah berpandukan kepada mazhab al-Syafie. Manakala mazhab-mazhab muktabar yang lain boleh dirujuk dan digunakan oleh pihak Waliyul Amri bagi menyelesaikan masalah-masalah tertentu.

Dari segi tasawuf pula, ia hendaklah berpegang dengan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali r.a. Manakala aliran tasawuf muktabar yang lain boleh diamalkan selagi ia tidak bertentangan dengan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan al-Asya’irah dan al-Maturidiah.

Aliran pemikiran dan fahaman yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu dicegah dan dilarang keseluruhannya daripada berkembang di Negeri Terengganu Darul Iman kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dan menjadi ancaman kepada keutuhan pegangan agama, perpaduan bangsa dan keamanan serta keselamatan negara.

Keputusan yang dibuat bersandarkan Kitab Ithaf al-Sadah al-Muttaqin bi Syarh Ihya’ Ulumiddin, Sayyid Muhammad bin Muhammad al-Husayni al-Zabidi dan Kitab Tarikh al-Madzahib al-Islamiah, Syeikh Muhammad Abu Zahrah.

Bertarikh 8 Julai 2020
[JMN.TR.(S)610/2/3/1 BHG.2(201)]

Dengan Titah Perintah,

DATO’ DR. HAJI ZULKIFLY BIN HAJI MUDA
Dato’ Mufti Negeri Terengganu/
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Terengganu.

PENUNTUT ILMU - Alhamdulillah



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/922522439659608

0 Comment "Fatwa Terenganu (2021) [Diwartakan]: Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Berpandukan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiah <<<<< >>>>> N..."

Post a Comment

Thank you for your comments