Kelebihan Membaca Tahlīl Kāmil Sepuluh (10) Kali Selepas Solat Fardu Subuh <<<<< >>>>> عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أ...

Kelebihan Membaca Tahlīl Kāmil Sepuluh (10) Kali Selepas Solat Fardu Subuh

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلَاةِ الْفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمـُلْكُ وَلَهُ الْحـَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ، كُتِبَ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمُهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ، وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ إِلَّا الشِّرْكَ بِاللهِ

Daripada Abū Dzarr al-Ghifārī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, sesungguhnya beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Barang siapa yang menyebut - setelah selesai mengerjakan solat Subuh dalam keadaan masih melipatkan/merapatkan dua kakinya, serta sebelum berkata apa-apa:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمـُلْكُ وَلَهُ الْحـَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada tuhan [yang berhak disembah (maʿbūd), yang menjadi menjadi tujuan dan maksud dalam segala amalan (maqṣūd) serta yang disaksikan dalam setiap keadaan (mashḥūd)] melainkan Allah, hanya Dialah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”,

sebanyak sepuluh (10) kali, maka akan ditulis baginya sepuluh (10) kebaikan, dan dihapuskan baginya sepuluh (10) kejahatan, serta diangkat baginya sepuluh (10) darjat.

Dan [dia pada] harinya itu keseluruhannya berada dalam perlindungan [Allah] dari setiap perkara yang dibenci (tidak elok), dan dia dipelihara daripada syaitan, serta tidak patut ada dosa yang akan mendapatkannya (menghapuskan pahala amalannya) pada hari tersebut melainkan syirik kepada Allah.”

T: (al-Tirmidhī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 3474 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ صَحِيحٌ); (al-Nasa'i Sunan al-Nasa'i al-Kubra), No. 9878; (al-Bazzār (292H): al-Baḥr al-Zakhkhār bi Musnad al-Bazzār), No. 4050 dan (al-Khatib al-Baghdadi (463H): Tarikh Baghdad), No. 4611. [Status: Sekurang-kurangnya Ḥasan]

[Kitab: Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan Amalan Para Ulama’ (2024)]

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/926801815898337

0 Comment "Kelebihan Membaca Tahlīl Kāmil Sepuluh (10) Kali Selepas Solat Fardu Subuh <<<<< >>>>> عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أ..."

Post a Comment

Thank you for your comments