Kemuliaan Orang Yang Mahir Dengan Al-Quran Dan Pahala Orang Yang Bersusah Payah Membacanya <<<< >>>> عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ الل...

Kemuliaan Orang Yang Mahir Dengan Al-Quran Dan Pahala Orang Yang Bersusah Payah Membacanya

<<<< >>>>

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

(( الْمـَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ، لَهُ أَجْرَانِ ))

Daripada Sayyidatina ʿĀ’ishah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Seorang yang mahir dengan Al-Quran (tekun dari sudut bacaan, hafazan, tadabbur dan amalan) adalah (berada di kedudukan yang sangat mulia) bersama para malaikat (yang menyalinnya dari Lawḥ Mahfūẓ) yang mulia lagi berbakti/ taat.
Dan seorang yang membaca Al-Quran dalam keadaan tersekat-sekat [dalam bacaannya] dan dia bersusah payah membacanya, maka baginya dua pahala [iaitu: [i] pahala membaca Al-Quran dan [ii] pahala berusaha untuk memperbaiki bacaan Al-Quran].”

T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 4937; (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 800 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 2904; (Abū Dāwud (275H): Sunan Abī Dāwud), No. 1454; (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 3779 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

صَلَاةً تُيَسِّرُ لَنـَا بِهَا حِفْظَ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلَ بِهِ وَتَجْعَلُنَا بِهَا مِنْ أَهْلِهِ

PENUNTUT ILMU

Mutiara Nabawi Berkenaan Al-Quran



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/916734400238412

0 Comment "Kemuliaan Orang Yang Mahir Dengan Al-Quran Dan Pahala Orang Yang Bersusah Payah Membacanya <<<< >>>> عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ الل..."

Post a Comment

Thank you for your comments