Rasulullah صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Berehat di antara Setiap Empat Rakaat Solat Malam: Asas bagi Rehat di antara Empat Rakaat Solat Tarāwīḥ
<<<< >>>>
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَتْ:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي اللَّيْلِ، ثُمَّ يَتَرَوَّحُ، فَأَطَالَ حَتَّى رَحِمْتُهُ، فَقُلْتُ: بِأَبِي أَنْتَ، وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللهِ، قَدْ غَفَرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ، قَالَ: (( أَفَلا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا؟ )).
Daripada Saidatina ʿĀ’ishah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا, beliau berkata:
“Apabila Rasulullah صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ melakukan solat sebanyak empat (4) rakaat pada waktu malam, maka Baginda صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ akan kembali berehat, dan [pada satu ketika] Baginda صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berehat dengan agak panjang sehingga aku merasa kasihan terhadap Baginda صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Lalu aku pun berkata:
”Demi bapaku dan ibuku [sebagai tebusan bagimu], wahai Rasulullah. Sesungguhnya Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى telah mengampunkan bagimu salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian.”
Baginda صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda:
”Tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang sangat/ sering bersyukur [kepada Tuhannya]?.”
T: (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Kubrā), No. 4249 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (تَفَرَّدَ بِهِ الْمُغِيرَةُ بْنُ زِيَادٍ، وَلَيْسَ بِالْقَوِيِّ) & (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H): Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 12673 dan beliau berkata: (غَرِيبٌ مِنْ حَدِيثِ عَطَاءٍ، تَفَرَّدَ بِهِ الْمُغِيرَةُ بْنُ زِيَادٍ وَهُوَ الْمَوْصِلِيُّ). Kedua-duanya datang dengan lafaz: (يَتَرَوَّحُ). [Pada sanadnya al-Mughīrah bin Ziyād al-Mawṣilī. Al-Ḥāfiẓ Ibnu Ḥajar al-ʿAsqalānī menilai beliau sebagai: (صدوق له أوهام) di dalam al-Taqrīb]
Nota Fiqh:
Setelah meriwayatkan hadis ini, al-Imām al-Ḥāfiẓ Abū Bakr al-Bayhaqī al-Shāfiʿī al-Ashʿarī (w.458H) menyebut:
وَقَوْلُهُ: ثُمَّ يَتَرَوَّحُ إِنْ ثَبَتَ فَهُوَ أَصْلٌ فِي تَرَوُّحِ الْإِمَامِ فِي صَلَاةِ التَّرَاوِيحِ، وَاللهُ أَعْلَمُ
“Dan kata-kata beliau (Saidatina ʿĀ’ishah رَضِيَ اللهُ عَنْهَا):
”Kemudian Baginda صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yatarawwaḥ (kembali berehat)” – sekiranya thabit – maka ia adalah asas (dalil) bagi perbuatan imam berehat [di antara setiap empat rakaat] di dalam solat Tarāwīḥ.
Allah lebih mengetahui.”
Menurut al-Muʿjam al-Wasīt, kalimah ”tarāwīḥ” ialah kata jamak bagi ”tarwīḥah”. Pada asalnya, ia digunakan untuk merujuk kepada duduk [yang merehatkan] secara mutlak. Kemudian, ia digunakan bagi merujuk kepada duduk [berehat] di antara setiap empat (4) rakaat solat tarāwīḥ pada malam bulan Ramadan kerana orang ramai beristirehat pada waktu tersebut. Kemudian, setiap empat rakaat solat Tarāwīḥ sebagai dinamakan ”tarwīḥah”. [Selesai] Dan dengan itu, lafaz ”tarāwīḥ” digunakan bagi solat Tarāwīh yang mempunyai banyak ”tarwīḥah”: empat rakaat [dua salam] yang diselangi dengan duduk istirehat. Bagi bagi dua puluh (20) rakaat solat Tarāwīḥ, terdapat lima tarwīḥah (4 x 5 = 20) dan empat waktu istirehat.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/912925180619334
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Rasulullah صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Berehat di antara Setiap Empat Rakaat Solat Malam: Asas bagi Rehat di antara Empat R...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Rasulullah صَلَّىَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Berehat di antara Setiap Empat Rakaat Solat Malam: Asas bagi Rehat di antara Empat R..."
Post a Comment