Photos from Penuntut Ilmu's post

Al-Imām Shaykh al-Islām Shihāb al-Dīn Ibnu Ḥajar al-Haytamī al-Shāfiʿī al-Makkī (w.974H)

Ahli Sunnah Wal Jama'ah ialah al-Ashāʿirah dan al-Māturīdiyyah (al-taʿrīf al-akhaṣṣ).

<<<<< >>>>>

Salah seorang daripada dua tunggak ijtihad dan pentahqiq mazhab Syafie pada peringkat istiqrār (keteguhan) mazhab Syafie iaitu al-Imām al-Faqīh al-Muḥaddith Shaykh al-Islām al-ʿAllāmah al-Muḥaqqiq al-Fahhāmah al-Mudaqqiq Shihāb al-Dīn Ibnu Ḥajar al-Haytamī al-Shāfiʿī al-Makkī (w.974H) menyebut di dalam kitabnya “al-Zawājir ʿan Iqtirāf al-Kabā’ir,” ketika membincangkan dosa besar ke-51 iaitu “Meninggalkan Al-Sunnah” [Jil. 1, hal. 81, cetakan lama, Maṭbaʿah Ḥijāzī (1356H); Jil. 1, hal. 165, cetakan Dār al-Fikr (1987H/1407H) & Jil. 1, hal. 181, cetakan Dār al-Ḥadīth (2002M)]:

وَالْمـُرَادُ بِالسُّنَّةِ: مَا عَلَيْهِ إِمَامَا أَهلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَـاعَةِ الشَّيْخُ أَبُو الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ وَأَبُو مَنْصُورٍ الْمـَاتُرِيدِيُّ.

“Maksud yang dikehendaki dengan [makna] Al-Sunnah ialah akidah yang dipegang oleh dua orang Imam Ahli Sunnah Wal Jama’ah iaitu: (i) [al-Imām] al-Shaykh Abū al-Ḥasan al-Ashʿarī dan (i) [al-Imām al-Shaykh] Abū Manṣūr al-Māturīdī.”

وَالْبِدْعَةُ مَا عَلَيْهِ فِرْقَةٌ مِنْ فِرَقِ الْمـُبْتَدِعَةِ الْمـُخَالِفَةِ لِاعْتِقَادِ هَذَيْنِ الْإِمَامَيْنِ وَجَمِيعِ أَتْبَاعِهِمَا

“Dan [makna pegangan] bid’ah [yang merupakan dosa besar] itu ialah pegangan/ akidah mana-mana firqah (kumpulan/pecahan) daripada kumpulan ahli-ahli bid’ah yang bertentangan [iktikad mereka] dengan [iktikad] kedua-dua Imam ini (al-Ashʿarī dan al-Māturīdī) dan seluruh pengikut mereka berdua [daripada kalangan ulama’ al-Ashāʿirah dan al-Māturīdiyyah].”

Beliau juga menyebut di dalam kitabnya “al-Fatāwā al-Ḥadīthiyyah”, hal. 200, cetakan Dār al-Fikr:

وَالْمـُرَادُ بِأَصْحَابِ الْبِدَعِ فِيهِ مَنْ كَانَ عَلَى خِلَافِ مَا عَلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ وَالْمـُرَادُ بِهِمْ أَتْبَاعُ الشَّيْخِ أَبِي الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيِّ وَأَبِي مَنْصُورٍ ‌الْمـَاتُرِيدِيِّ إِمَامَيْ أَهْلِ السُّنَّةِ ...

“Dan makna yang dikehendaki dengan ahli-ahli bid’ah padanya (hadis tersebut) ialah sesiapa yang mempunyai pegangan yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Dan makna yang dikehendaki dengan mereka (Ahli Sunnah Wal Jama’ah) ialah para pengikut [al-Imām] al-Shaykh Abū al-Ḥasan al-Ashʿarī dan [al-Imām] al-Shaykh Abū Manṣūr al-Māturīdī, dua imam Ahli Sunnah [Wal Jama’ah].”

Dan di dalam kitabnya yang lain iaitu “al-Taʿarruf fī al-Aṣlayn wa al-Taṣawwuf”, hal. 123-124, cetakan lama Maṭbaʿah al-Taraqqī al-Mājidiyyah al-ʿUthmāniyyah (1330H), beliau berkata:

وَمَنْ خَالَفَ مَا عَلَيْهِ إِمَامَا السُّنَّةِ أَبُو الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ وَأَبُو مَنْصُورٍ الْمـَاتُرِيدِيُّ مُبْتَدِعٌ

“Barang siapa yang menyalahi pegangan dua imam [Ahli] Sunnah [Wal Jama’ah]: [al-Imām] Abū al-Ḥasan al-Ashʿarī dan [al-Imām] Abū Manṣūr al-Māturīdī), dia adalah seorang ahli bid’ah.”
Berdasarkan nukilan di atas, kita dapat melihat dengan jelas bahawa al-Imām Ibnu Ḥajar al-Haytamī telah mendefinisikan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan definisi yang paling khusus (al-taʿrīf al-akhaṣṣ). (Rujuk gambar)

PENUNTUT ILMU - Buku: Definisi Ahli Sunnah Wal Jama'ah: Pendekatan Para Ulama' Muktabar (2024)







(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/923464602898725

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments