Hadis 15: Solat Fardu Lima Waktu, Solat Jumaat dan Puasa Ramadan adalah Kaffārah bagi Dosa <<<< >>>> عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَض...

Hadis 15: Solat Fardu Lima Waktu, Solat Jumaat dan Puasa Ramadan adalah Kaffārah bagi Dosa

<<<< >>>>

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ:

(( اَلصَّلَوَاتُ الْخـَمْسُ وَالْجـُمُعَةُ إِلَى الْجـُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ ))

Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Solat fardu yang lima, dan Jumaat ke Jumaat, serta Ramadan ke Ramadan adalah merupakan kaffārah (penghapus dosa) di antara amalan-amalan tersebut selama mana seseorang itu menghindari dosa-dosa besar.”

T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 234, 235 & 236 [Lafaz di atas]; (al-Tirmidhī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidhī)), No. 214 dan beliau berkata: (حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ); (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 1086; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 1086, 7089, 8498, 8944, 9092, 10198 & 27290; (Ibn Khuzaymah (311H): Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 315 & 1709 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

PENUNTUT ILMU

Rujukan: 40 Hadith Puasa dan Ramadan (2016)



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/916732630238589

0 Comment "Hadis 15: Solat Fardu Lima Waktu, Solat Jumaat dan Puasa Ramadan adalah Kaffārah bagi Dosa <<<< >>>> عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَض..."

Post a Comment

Thank you for your comments