Ph.D. Hadith VS Kitab-Kitab Hadith



Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith


سم الله الرحمن الرحيم الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه واتبع هداه أما بعد

Mereka yang hanya melihat dua kitab hadith Bukhari dan Muslim sahaja sebagai kitab hadith sahih merupakan mereka yang sempit ilmunya.

Sebelum dua Imam ini para ulama’ mazahib mempunya hadith dan sanad-sanad mereka sendiri. Mereka mengambil daripada generasi sebelumnya.

Dua Imam Bukhari dan Muslim menyambung kejuhudan mereka di dalam meriwayatkan hadith daripada generasi sebelumnya termasuk Imam-Imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hanbal.

Di antara kitab-kitab hadith yang bernilai di dalam Islam ialah ;

Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 ahadith
Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 ahadith
Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa’i (m. 915)
Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888)
Jami’ at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah (m. 887)
Selain 6 kitab ini yang dinamakan sebagai الكتب الستة atau الصحاح الستة terdapat kitab hadith yang lain yang masyhur di sisi kita iaitu ;

al-Muwatta’
Musnad Ahmad
Musnad al-Syafi`e
Sahih Ibn Khuzaimah
Mustadrak al-Hakim
Sunan al-Daruqutni
Jami’ al-Darimi
Muntaqa Ibn al-Jarud
Sahih Ibn Hibban
Mustakhraj Abi Awanah Berikut adalah 29 jenis kitab hadith ;

Jami’/ jawami’
Sunan/ ahkam
Mathani/ musnad
Ma’ajim/ mu’jam
Masyikhat
Ajza’/ rasail
Arbainat
Afrad dan Gharaaib
Mustadrak
Mustakhraj
‘ilal
Atraf
Tarajim
Ta’aliq
Taghrib wa tarhib
Mursalsalat
Tsulasiyyat
Al-amali
Zawaid
Al-Mukhtasarat
Takharij
Syarhul atsar
Asbab nuzul hadis
At-tartib
At-Ta’liq
Al-Mawdhu`at
Al-ma’thurat
an-Nasikh wal Mansukh
Mutasyabih/ Musykil hadis

Setiap kategori kitab hadith di atas mempunyai kitab-kitab yang sangat banyak jumlahnya seperti yang disebut oleh Al-Kittani dalam kitab beliau Al-Risalah Al-Mustatharrifah bahawa terdapat hampir 82 kitab yang ditulis dalam method المسانيد sahaja. Belum lagi jenis-jenis yang lain.

Saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang berkelulusan PHD dalam bidang hadith pada hari ini untuk tempoh setahun dua di Universiti tanpa sanad ilmu dan guru yang jelas, begitu yakin untuk menyatakan sesuatu hadith itu palsu atau tidak.
Seolah-olah mereka telah menguasai dan menghafal semua kitab hadith dan mengatakan dengan penuh yakin bahawa sesuatu hadith itu tiada riwayat.

Kalaupun tiada di dalam Sahih Bukhari dan Muslim apakah tidak ada di dalam kitab-kitab hadith yang lain?

Hari ini ramai yang berani kerana kejahilan. Kalaulah mereka sedar, kedudukan ilmu mereka sebenarnya sangat jauh daripada para ulama’ terdahulu, sudah pasti mereka lebih suka untuk berdiam diri daripada berkata-kata.

Semoga Allah Ta’ala memelihara kita daripada golongan yang pendek akal mereka, panjang angan-angan bahkan Al-Quran dan Al-Hadith yang keluar daripada bibir mereka tidak sampai ke hati-hati mereka.

والله سبحانه وتعالى أعلم بالصواب

Oleh Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Usuluddin Akidah Dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir


Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g

1 Response to "Ph.D. Hadith VS Kitab-Kitab Hadith"

  1. Harap ustaz2 yang menulis blog terus memperjuangkan kebenaran, membetulkan penjelasan yang kurang jelas atau mungkin tidak benar oleh kumpulan yang kononnya melakukan kempen semak status hadith.

    ReplyDelete

Thank you for your comments