Afdhal Bagi Wanita Solat di Rumah




Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

Soalan:

betulkah wanita digalakkan solat di rumah banding di masjid @surau...untuk elak fitnah?.mengapa? bagaimana nak dpt pahala jemaah kalu kat rumah solat seorang?
Jawapan kami;


1. Lebih afdhal bagi wanita solat di rumah berbanding solat di masjid

2. Makruh bagi perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik untuk hadir berjemaah bersama-sama orang lelaki di masjid kerana dikhuatiri boleh berlakunya fitnah

3. Isteri boleh juga mendapatkan fadhilat solat jemaah dengan berjemaah bersama-sama suami atau seumpamanya di rumah

4. Suami juga boleh mendapat keutamaan solat berjemaah dengan melaksanakannya bersama isteri atau keluarga yang lain. Bahkan pelaksanaan solat berjemaah bersama keluarga di rumahnya lebih afdhal.

5. Kehadiran wanita ke masjid untuk berjemaah tertakluk juga dengan syarat dan keadaan tertentu antaranya; hendaklah dengan keizinan suami dan menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak seperti memelihara aurat, tidak memakai wangian dan berpakaian secara sederhana.

Rujukan;
  • Al-Majmuk
  • Hasyiah al-Baijuri
oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Afdhal Bagi Wanita Solat di Rumah"

Post a Comment

Thank you for your comments