13 Rukun Solat




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)


Soalan:

Pndpt muktamad dlm mazhab syafie... Tuma'ninah rukun solat atau digabungkn dgn rukun2 yg lain?

Jawapan kami;

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam Minhaj al-Tolibin dan Imam al-Rafi'ei dalam al-Muharrar, solat mempunyai 13 rukun. Inilah pendapat muktamad dalam mazhab Syafi'i.

Justeru, tomakninah bukanlah satu rukun yang tersendiri. Bahkan, ia merupakan keadaan yang mengikuti 4 rukun solat iaitu rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud (Nihayah al-Muhtaj, Tuhfah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, al-Iqna', al-Baijuri).

Wallahu a'lam

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "13 Rukun Solat"

Post a Comment

Thank you for your comments