Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith



Penyusun :

Dr. Faisal Ahmad Shah
Mohd Khafidz bin Soroni 
Rosni binti Wazir

Sem. Malaysia: RM25
Sabah/Sarawak: RM28

240 Halaman

Buku 'Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith' membincangkan mengenai kategori dan jenis karya-karya hadith beserta metode yang diaplikasikan oleh sarjana hadith. Buku yang membahaskan 21 kategori karya hadith dengan kupasan metode kepada 40 buah karya hadith dianggap paling lengkap dan komprehensif pernah dihasilkan dalam bahasa melayu. Bab pertama buku ini membincangkan mengenai fungsi dan kedudukan hadith dalam Islam. Termasuk di bawah perbahasan bab ini juga ialah isu-isu berkaitan penolakan hadith pada masa kini.

Dalam bab kedua penulis membincangkan mengenai pengkaryaan hadith pada abad pertama dan kedua hijrah. Antara subtopik yang dibincangkan ialah keharusan penulisan hadith pada zaman Rasulullah dan kontroversi yang timbul mengenai hadith-hadith suruhan dan larangan. Turut dibincangkan ialah mengenai sahifah-sahifah yang ditulis oleh para sahabat dan dua kitab pertama yang dihasilkan pada kurun kedua iaitu Muwatta Malik dan Musnad al-Shafie. Kupasan mengenai Kutub al-Sittah pula dibincangkan melalui bab ketiga.

Manakala dalam bab keempat dan kelima pula sebanyak 20 jenis karya hadith dibincangkan antaranya al-Mustadrak, al-Mustakharjat, Gharib al-Hadith, Mustalah al-Hadith, al-Ma'ajim, Mukhtalif dan Musykil al-Hadith, Sharah al-Hadith, al-'Ilal, al-Mawdu'at dan sebagainya. Setiap karya yang dikenalkan dalam buku ini diulas secara komprehensif merangkumi biodata penulis, kandungan dan metode penulisan kitab.

Rujuk sini
Penyusun: Dr. Faisal bin Ahmad Shah Mohd. Khafidz bin Soroni Rosni binti Wazir Harga: RM25 240 Halaman Buku 'Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith' membincangkan mengenai kategori dan jenis karya-karya hadith beserta metode yang diaplikasikan oleh sarjana hadith. Buku yang membahaskan 21 kategori karya hadith dengan kupasan metode kepada 40 buah karya hadith dianggap paling lengkap dan komprehensif pernah dihasilkan dalam bahasa melayu. Bab pertama buku ini membincangkan mengenai fungsi dan kedudukan hadith dalam Islam. Termasuk di bawah perbahasan bab ini juga ialah isu-isu berkaitan penolakan hadith pada masa kini. Dalam bab kedua penulis membincangkan mengenai pengkaryaan hadith pada abad pertama dan kedua hijrah. Antara subtopik yang dibincangkan ialah keharusan penulisan hadith pada zaman Rasulullah dan kontroversi yang timbul mengenai hadith-hadith suruhan dan larangan. Turut dibincangkan ialah mengenai sahifah-sahifah yang ditulis oleh para sahabat dan dua kitab pertama yang dihasilkan pada kurun kedua iaitu Muwatta Malik dan Musnad al-Shafie. Kupasan mengenai Kutub al-Sittah pula dibincangkan melalui bab ketiga. Manakala dalam bab keempat dan kelima pula sebanyak 20 jenis karya hadith dibincangkan antaranya al-Mustadrak, al-Mustakharjat, Gharib al-Hadith, Mustalah al-Hadith, al-Ma'ajim, Mukhtalif dan Musykil al-Hadith, Sharah al-Hadith, al-'Ilal, al-Mawdu'at dan sebagainya. Setiap karya yang dikenalkan dalam buku ini diulas secara komprehensif merangkumi biodata penulis, kandungan dan metode penulisan kitab.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

0 Comment "Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith "

Post a Comment

Thank you for your comments