Kenajisan Bulu Kucing





Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

assalamualaikum, ustaz. adakah bulu kucing dikira sebagai najis? sekiranya najis, bagaimana jika saya membela kucing di dalam rumah?

Jawapan kami:

Bulu kucing termasuk dalam najis, kerana semua anggota haiwan yang berpisah ketika hidup dihukumkan sama seperti bangkainya. Namun, ia termasuk dalam najis yang dimaafkan jika sedikit dan demikian juga jika banyak bagi orang yang ditimpa Umum al-Balwa (Al-Baijuri 434/2).

Menurut Wahbah al-Zuhaili, Umum al-Balwa adalah; "berleluasanya sesuatu sehingga seseorang itu sukar untuk menyelamatkan diri daripadanya atau menjauhinya."(Nazariyah al-Darurah al-Syar'iyah, 123).

Wallahu a'lam.


oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Kenajisan Bulu Kucing"

Post a Comment

Thank you for your comments