Taubat Nasuha




Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

Soalan:

assalamualaikum ustaz
Kalau org tu byk sgt slh silapnye .... die sudah berazam xnk ulangi kslpn tu lgi.  Bagaimana cara utk melakukan taubat nasuha itu?mhn pencerahan ustaz

Jawapan kami;


Firman Allah Taala;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(Surah al-Tahrim 8)

Disebutkan dalam Tafsir al-Jalalain;

"(Taubat nasuha adalah) taubat yang jujur, iaitu dia tidak kembali (melakukan) dosa dan tidak berniat untuk mengulanginya.”

Menurut ulamak, bertaubat terhadap setiap dosa yang dilakukan adalah wajib. Oleh itu, taubat tersebut mestilah memenuhi 3 syarat berikut:

1. Bersegera meninggalkan dosa atau maksiat yang telah dilakukan

2. Kesal (menyesali) terhadap perbuatan dosa yang dilakukan.

3. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan selama-lamanya

Sekiranya ketiga-tiga syarat ini tidak dipenuhi, maka taubatnya tidak sah.

Selain itu, jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, maka wajib membebaskan dirinya daripada hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan. Ini bererti, jika kesalahan tersebut berbentuk harta benda, maka ia wajib dikembalikan. Jika kesalahan tersebut berbentuk fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepada orang itu (Riyadh al-Solihin 32).
اليسع

Wallahu a'lam.

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Taubat Nasuha"

Post a Comment

Thank you for your comments