Ulasan Diskusi Ustaz Engku & Dr.Rozaimi : Isu Wudhu' Sapu Tengkuk





https://www.youtube.com/watch?v=zLaL0b28KLE

Dr Rozaimi tersilap nukilan. Cuba saksikan kata-katanya pada rakaman minit 3.06-3.19, katanya;

“Imam al-Nawawi sendiri yang bermazhab Syafi’i, dia menghukum bidaah perbuatan bila ambil wuduk sapu tengkuk. Dia sebut, tengok dalam kitab Nihayatul Muhtaj, bahkan dalam MATAN MINHAJ, DIA SEBUT.”

Ulasan;

Berkaitan penisbahan DRR berkaitan kalam Imam al-Nawawi dalam matan Minhaj al-Tolibin perlulah didatangkan bukti. Hal ini kerana, setelah kami semak teks Minhaj al-Tolibin dan Nihayah al-Muhtaj, ternyata Imam al-Nawawi tidak menyebut langsung berkaitan permasalahan sapu tengkuk dalam MATAN MINHAJ AL-TOLIBIN. Perkataan Imam al-Nawawi berkaitannya hanyalah nukilan Imam al-Ramli sahaja dan bukannya perkataan Imam al-Nawawi dalam MINHAJ AL-TOLIBIN sendiri.

Oleh itu, kami menasihati DRR berhati-hati dan cermat dalam menukilkan kata-kata ulamak. Supaya ia tidak termasuk dalam penisbahan yang tiada asasnya.

Sebagai tambahan, hukum menyapu tengkuk ketika wuduk adalah merupakan perkara yang menjadi khilaf dalam kalangan ulamak mazhab kita. Secara ringkasnya, terdapat dua pandangan berkaitannya iaitu;

1) Imam al-Nawawi kata tidak sunat (muktamad) bahkan menurutnya ia adalah bidaah

2) Imam al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi'ei dan al-Mawardi, mazhab Hanafi, mazhab Hanbali dalam satu riwayat kata ianya sunat dilakukan selepas sapu telinga

Justeru, kami memandang ianya sebagai suatu perkara khilafiyyah. Oleh itu, fahamilah kaedah;

لَا يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ

"Tidaklah diingkari sesuatu hukum yang berlaku khilaf padanya (di sisi fuqaha'), akan tetapi yang perlu diingkari adalah sesuatu hukum yang telah disepakati atasnya (atas pengharamannya)."
Penerangan lanjut:
http://sawanih.blogspot.my/2010/11/hadis-menyapu-air-di-tengkok-ketika.html?m=1


اليسع

Group MSO-D22 Penjelasan Bid'ah
https://telegram.me/PenjelasanBidaahASWJ

0 Comment "Ulasan Diskusi Ustaz Engku & Dr.Rozaimi : Isu Wudhu' Sapu Tengkuk"

Post a comment

Thank you for your comments