Doa Selepas Solat Witir




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Salam..boleh beri doa selepas solat witir
Terima kasih

Jawapan kami;


  • Doa 1


Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata,

فَإِذَا فَرَغَ قَالَ عِنْدَ فَرَاغِهِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ يُطِيلُ فِي آخِرِهِنَّ

“Apabila Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam selesai daripada witirnya, baginda membaca;

 سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ 

sebanyak tiga kali), baginda memanjangkan (suara) di akhirnya.” (Riwayat al-Nasa’i, no. 1700, Ibn Majah, no. 1182. Al-Hafiz Abu Tohir mengatakan bahawa hadis ini sohih).

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abdirrahman bin Abza, daripada bapanya, dia berkata,

وَكَانَ يَقُولُ إِذَا سَلَّمَ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلَاثًا وَيَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالثَّالِثَةِ

"Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam mengucapkan;

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

selepas memberi salam (solat witir) sebanyak tiga kali lalu baginda mengeraskan suaranya pada ucapan yang ketiga.” (Riwayat al-Nasa’i, no. 1733 dan Ahmad 3: 406. Al-Hafiz Abu Tohir mengatakan bahawa hadis ini sohih).



  • Doa 2


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

"Ya Allah, aku berlindung dengan keridhaanMu daripada kemarahanMu, dan dengan keselamatanMu daripada hukumanMu dan aku berlindung kepadaMu daripada siksaanMu. Aku tidak mampu menghitung pujian dan sanjungan kepadaMu, Engkau adalah sebagaimana yang Engkau sanjungkan kepada diriMu sendiri"(Riwayat Abi Daud, no. 1427, al-Tirmizi, no. 3566, al-Nasa’i, no. 1748 dan Ibn Majah, no. 1179. Al-Hafiz Abu Tohir mengatakan bahawa sanad hadis ini sohih).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Doa Selepas Solat Witir"

Post a Comment

Thank you for your comments