Uzur Syarie Solat Jumaat



Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Saya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat.  Yang menjadi masalahnya apabila tiba hari Jumaat.  Syarikat membenarkan pergi solat Jumaat tetapi berselang seli dan apabila 3x Jumaat berturut-turut syarikat akan memotong elaun. Sebagai seorang Islam kita wajib jika tidak uzur.  Mengikut pada akta pekerja tiada masa di peruntukkan untuk itu.  Apakah syarikat boleh memotong elaun dan kiranya solat itu boleh di ganti dgn solat zohor.  Mohon penjelasan ustaz. 10Q.

Jawapan kami;

Situasi anda adalah sama seperti permasalahan yang telah dinyatakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-17 yang bersidang pada 6 Oktober 1986 yang telah membincangkan Hukum Sembahyang Jumaat Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkhidmatan dalam jabatan kerajaan yang tidak berkaitan dengan tugas keselamatan tidaklah termasuk dalam takrif uzur syarie, maka pihak yang berkuasa jabatan mana-mana yang berkenaan tidak harus membuat peraturan-peraturan bagi menghalang kakitangan lelaki yang beragama Islam untuk menunaikan sembahyang jumaat.

Anda juga boleh merujuk link di bawah ini bagi menambahkan maklumat sediaada;

Hukum Meninggalkan Sembahyang Jumaat Pegawai-Pegawai Bertugas Di Airport Mengendalikan Pesawat | Portal Rasmi Fatwa Malaysia
http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-meninggalkan-sembahyang-jumaat-pegawai-pegawai-bertugas-di-airport-mengendalikan-pesawat

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Uzur Syarie Solat Jumaat"

Post a Comment

Thank you for your comments