Hukum Makan Sembelihan Nazar



Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)

🔴 Salam ust. Boleh kah org bernazar menyembelih kambing memakan sembelihannya itu?
Bagaimana jika nazar kenduri, boleh makan x oleh yg bernazar?
** Bukan sembelihan korban, sembelihan biasa. Untuk nazar kenduri anak dapat keputusan cemerlang peperiksaan.

Jawapan kami;

Binatang sembelihan atau apa-apa masakan yang telah dinazarkan adalah sepertimana hukum korban yang dinazarkan iaitu haram dimakan oleh penazar dan tanggungannya (ahli keluarganya). Sekiranya dia makan, maka wajiblah diganti.

Jalan keluar daripada keharaman memakannya adalah dengan menyembelih atau memasak yang lain daripada nazar tersebut melebihi kadar yang wajib (nazar). Maka ketika itu harus beserta makruh memakannya sepertimana yang telah dinyatakan oleh al-Mawardi.
(Hasyiah al-Baijuri jil. 2, ms. 450-451)

اليسع

Wallahu a'lam.

USRAH SOLAT DAN Q&A MSO
https://telegram.me/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Makan Sembelihan Nazar"

Post a Comment

Thank you for your comments