Benarkah Abu Lahab Diringankan Azab Ketika Maulid?




Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith 

Soalan:

BETUL KE ABU LAHAB DIRINGANKAN AZAB PD HARI ISNIN SBB MAULID NABI?

Ramai sahabat FB dan ustaz2 duk share cerita tentang Abu Lahab diringankan azab neraka pd setiap hari isnin kerna bergembira dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW. Persoalannya adakah benar dan sahih cerita itu? Menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita umat Islam yg dikurniakan akal fikiran untuk menilai serta mengkaji sesuatu berita sebelum kita sebarkan dan sebelum kita yakininya.

Saya terpanggil utk mengulas dan menakalkan pendapat yg lebih kuat tentang perkara ini mengikut pandangan beberapa ulamak yg muktabar. Cerita ini menjadi dalil dan hujah sesetengah puak untuk merayakan maulid nabi dgn anggapan dan iktikad "sedangkan abu lahab yg kafir seronok dan bergembira dgn kelahiran nabi dapat meringankan azab neraka apatah lagi kita sbg org Islam". Manakala bg puak yg menentang sambutan maulid nabi pula menggunakan hujah dan dalil ini utk membalas balik dgn kata2 "sekarang ni kamu ikut sunnah sape? sunnah abu lahab ke sunnah nabi? kalau kamu sambut maulid dan bergembira maka sunnah abu lahab lah yg kamu ikut.' Akhirnya tidak berkesudahanlah setiap kali tiba RabiulAwal jer masing-masing berkeras dgn hujah ini.

Sy suka kalau setiap org berlapang dada dan menilai hujah dan dalil ini dengan fakta dan penilaian ilmiah daripada ulamak kita. Bukan nilai dgn nafsu dan sentimen puak2 dan fahaman tertentu. 

Sebenarnya benarkah cerita Abu Lahab ini? 
Al-Imam al-Bukhari Rahimahullah telah menyebutkan di dalam Sahih beliau: “Urwah berkata: Tsuwaibah adalah bekas hamba perempuan yang telah dibebaskan oleh Abu Lahab. Ketika itu, Abu Lahab membebaskannya, lalu Tsuwaibah pun menyusukan Nabi SAW. Dan ketika Abu Lahab meninggal, dia diperlihatkan kepada sebahagian ahli keluarganya di dalam mimpi dengan keadaan yang buruk. Kaum kerabatnya berkata kepada Abu Lahab: “Apakah yang telah engkau perolehi?” Abu Lahab pun menjawab: “Setelah kamu, aku tidak pernah mendapatkan suatu nikmat pun, melainkan aku telah diberi minum lantaran aku telah memerdekakan Tsuwaibah.”

Inilah riwayat yg dipetik drpd Sahih Bukhari dan disebarkan kpd umum dengan penilaian sendiri oleh ustaz2 kita. Kita lihat apa kata ulamak dalam mengulas riwayat ini samada ianya sahih atau tidak dan adakah kita boleh berpegang dengan riwayat seperti ini walaupun ianya terdapat dalam sahih Bukhari.

1. Imam Ibnu Hajar As-Asqolani ketika mensyarahkan riwayat ini dalam kitabnya yg terkenal Fathul Bari berkata “Bahawasanya khabar tersebut adalah mursal. Ianya dimursalkan oleh Urwah, dan dia tidak menyebutkan siapakah perawi yang telah menceritakan kisah tersebut kepadanya.”...Jelaslah bahawa hadis ttg Abu Lahab ini adalah MURSAL. Mursal adalah termasuk dlm pecahan atau kumpulan riwayat yg DHOIF. Bg mereka yg belajar ilmu mustholah hadis akan faham tentang perbahasan hadis mursal. Memang diakui ada pendapat yg mengatakan hadis mursal boleh dijadikan hujah dangan mematuhi beberapa syaratnya.

2. Org kafir langsung tidak mendpt manafaat atau ganjaran atas kebaikan yg dilakukan semasa hayatnya. Pendapat ini lebih tepat dan selari menurut al-quran dan hadis yg sahih. Kalau kita kata Abu Lahab dpt ringan azab dia atas sebab kebaikannya membebaskan hambanya yakni Tsuwaibah dan bergembira dengan lahirnya Muhammad SAW maka ia bertentangan dengan firman Allah SWT dlm Surah Furqan:23 iaitu;
وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا  (Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan).

Cerita Abu Lahab ini juga bertentangan dgn hadis sahih yg menyebutkan;“Daripada Aisyah RA, beliau telah berkata, aku telah bertanyakan Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, Ibn Juz‟an semasa jahiliyah beliau menyambung silaturrahim, memberikan makan kepada golongan yang miskin, maka adakah yang demikian (perkara-perkara kebaikan tersebut) memberikan manfaat untuknya?” Nabi SAW menjawab: “(perkara-perkara tersebut) tidak memberikan manfaat kepadanya, sesungguhnya beliau tidak pernah mengucapkan walau satu hari dengan: “Wahai Tuhan, ampunkan dosa-dosaku pada hari Kiamat.”-Sahih Muslim.

Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini berkata “(Tidak dikira amalan kebaikannya) adalah kerana dia tidak membenarkan (memperakui) tentang hari Kebangkitan, dan sesiapa yang tidak membenarkan tentangnya (hari Kebangkitan), maka dia adalah kafir dan tidak memberikan manfaat kepadanya oleh amalan-amalan kebaikannya.”

3. Kisah Abu Lahab dpt minum air bg meringankan azabnya di neraka amat bertentangan dan bercanggah dengan hadis yg sahih tentang manusia yg paling ringan mendapat azab neraka adalah Abu Thalib (pak sedara nabi). Kita seolah-olah menerima hakikat siksa Abu Lahab lebih ringan berbanding siksa yg diterima Abu Thalib. Nabi SAW bersabda dlm hadis yg sahih “Sesungguhnya, seringan-ringan azab yang dirasai oleh ahli neraka adalah seorang lelaki yang diletakkan dibawah kedua tapak kakinya dengan bara api, (dengan diletakkan bara api dibawah kedua telapak kakinya) bergelegaklah otaknya disebabkan bara api tersebut.”- Sahih Muslim

4. Riwayat Tsuwaibah dibebaskan oleh Abu Lahab setelah kelahiran Nabi SAW adalah bercanggahan dengan fakta-fakta sejarah yg dikeluarkan ulamak sirah. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani turut menyebutkan hal ini di dalam Fath al-Bari, katanya:
“Secara zahirnya (melalui riwayat tersebut), bahawa Abu Lahab telah membebaskan Tsuwaibah sebelum Nabi SAW menyusu dengannya. (Tetapi) apa yang tersebut di dalam sirah adalah mencanggahinya, iaitu (apa yang tersebut di dalam sirah) Abu Lahab membebaskannya sebelum berlakunya peristiwa Hijrah, iaitu selepas penyusuan beberapa tahun yang lama.”

Ibn 'Abd al-Bar menyebutkan di dalam al-Isti‟ab, katanya: “Dan Abu Lahab membebaskannya setelah mana Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.”

5. Cerita Abu Lahab ini berasaskan atau bersumberkan mimpi. Dalam kaedah pendalilan mimpi seseorg tidak boleh dijadikan hujah. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‟Asqalani berkata: “Dan sekiranya dianggarkan bahawa riwayat tersebut adalah bersambung, maka apa yang tersebut di dalam khabar tersebut adalah sebagai mimpi di dalam tidur, maka tidak boleh dijadikan hujah padanya.”

Demikianlah 5 fakta yg sy nukilkan daripada kata-kata ulamak untuk menolak pendpt bahawa kisah Abu Lahab diringankan azab merupakan satu kisah yg DHOIF dan tidak boleh dijadikan hujah atau dalil utk melakukan sesuatu ibadat. Secara rasionalnya juga xkanlah kita umat Islam hendak berdalilkan kisah ini sedangkan byk lagi kisah dan dalil2 yg lebih sahih. Bila kisah itu dhoif maka kita terikat dgn syarat2 hadis dhaif dalam penyampaian dan penyebarannya. Sy amat terbuka dan mengalu-alukan pandangan serta pendpt selagi ia berkisar dlm perbincangan yg bersifat ilmiah.

Wallahua'lam
Apa pandangan ust..?



Jawapan Ustaz Muslim:

Pertama, perlu dijelaskan bahawa kisah Abu Lahab bukanlah dalil utama dalam keharusan meraikan maulid. Ini boleh dilihat kepada usaha al hafiz Ibnu Hajar dan imam Sayuti mengeluarkan asal (dalil) daripada hadis Rasulullah SAW. Ibnu Hajar berdalil kepada peristiwa pensyariatan puasa Asyura, dan imam Sayuti pula kepada hadis mengenai Akikah. Tulisan imam Sayuti (حسن المقصد) sering menjadi rujukan dalam hal ini. Dalil lain seperti hadis puasa hari Isnin, tafsir:

 'قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا' 
 
oleh ibnu Abbas, Masalih Mursalah, Istihsan dan termasuk kisah Abu Lahab boleh didapati dalam perbahasan ulama. Justeru, kisah Abu Lahab hanyalah salah satu daripada lebih kurang 10 dalil keharusan maulid. Ranking dalil yang dimuatkan dalam perbahasan maulid boleh dijadikan indikator antara dalil utama dan sekunder. 

Kedua, penilaian terhadap kisah atau cerita sejarah lebih ringan berbanding penilaian sabda nabi SAW. Terutama apabila tidak melibatkan hukum hakam. Ini boleh dilihat secara perbandingan antara riwayat kitab hadis dan riwayat kitab sirah atau sejarah, serta ulasan ulama seperti ibnu Hajar dalam fathul bari. Sukacitanya diingatkan bahawa meraikan maulid bukan ibadah seperti yang didakwa. Ia sama dengan memperingati hari nuzul Quran, perang Badar, Hijrah, Isra' mi'raj dan seumpamanya. Jadi tidak timbul isu menggunakan dalil dhaif untuk melakukan ibadat. 

Ketiga, antara gaya pendalilan yang sering digunakan oleh ulama ialah menghimpunkan semua dalil yang berkaitan, walaupun sebahagiannya mungkin lemah atau boleh dipertikaikan ketepatannya. Ia bertujuan membina keyakinan terhadap suatu hukum secara  bersama. Di dunia Barat, metode ini dikenali sebagai triangulation atau kesahan rentas. 

Ulasan 5 fakta 

Fakta 1

Yer, hadis atau kisah ini mursal. Namun telah dijelaskan bahawa ia salah satu dalil, bukan satu satunya dalil. Ia dalil sekunder dan diutarakan dalam perbahasan berdasarkan metode 'triangulation' data. Pada sudut yang lain, sebahagian ulama menerima hadis mursal seperti imam Malik, Abu Hanifah dll. Begitu juga imam Ahmad menerima hadis mursal apabila tiada hadis lain dalam bab. 

Fakta 2

Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai kesan kebaikan yang dilakukan oleh org kafir. Pendapat yang terpilih di sisi sebahagian ulama seperti al Baihaqi ialah kebaikan yang dilakukan akan memberi kesan terhadapnya di akhirat kelak dari sudut ringan atau teruk azab nanti. Ini dinyatakan oleh beliau beserta dalilnya dalam kitab Syuab al Iman. Antara dalilnya ialah keringanan azab yang diterima oleh Abu Talib seperti dalam sahih Muslim. Ibnu Hajar walaupun mengemukakan komentar mengenai percanggahan secara zahir dengan ayat Quran, beliau pada akhirnya menunjukkan kecenderungan kepada pendapat ini. Beliau menukil daripada al Baihaqi bahawa :

 مَا وَرَدَ مِنْ بُطْلَانِ الْخَيْرِ لِلْكُفَّارِ فَمَعْنَاهُ أَنَّهُمْ لَا يَكُونُ لَهُمُ التَّخَلُّصُ مِنَ النَّارِ وَلَا دُخُولُ الْجَنَّةِ وَيَجُوزُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الَّذِي يَسْتَوْجِبُونَهُ عَلَى مَا ارْتَكَبُوهُ مِنَ الْجَرَائِمِ سِوَى الْكُفْرِ بِمَا عَمِلُوهُ مِنَ الْخَيْرَاتِ

"apa yang datang mengenai terbatal amalan kebaikan milik org kafir, maknanya ialah mereka tidak dapat menyelamatkan diri daripada neraka dan tidak boleh masuk syurga. Dan harus diringankan daripada mereka azab yang patut mereka peroleh kerana melakukan dosa - kecuali dosa kufur- dengan sebab kebaikan yang mereka buat"

Kemudian ibnu Hajar membawa pendapat Qadhi Iyadh bahawa ijmak menyatakan amalan orang kafir tidak memberi manfaat kepada mereka, namun diulasnya :

قُلْتُ وَهَذَا لَا يَرُدُّ الِاحْتِمَالَ الَّذِي ذَكَرَهُ الْبَيْهَقِيُّ فَإِنَّ جَمِيعَ مَا وَرَدَ مِنْ ذَلِكَ فِيمَا يَتَعَلَّقُ بِذَنْبِ الْكُفْرِ وَأَمَّا ذَنْبُ غَيْرِ الْكُفْرِ فَمَا الْمَانِعُ مِنْ تَخْفِيفِهِ

"aku berkata : ini tidak menolak kemungkinan yang disebut oleh al Baihaqi. Sesungguhnya kesemua yang datang mengenainya berkaitan dengan dosa kufur. Adapun dosa bukan kufur, apakah penghalang dari meringankannya (azab)? "

Seterusnya, beliau menukil pendapat lain yang menyatakan bahawa ayat seumpama itu
mempunyai pengecualian seperti kes Abu Talib. Justeru, isu percanggahan tidak timbul dari dua sudut ini. Bahkan ia melibatkan bagaimana kita memahami nas agama dengan sebetulnya. Wallahualam. 

Fakta 3

Dakwaan bahawa Abu Lahab lebih ringan azabnya berbanding Abu Talib adalah tidak berasas dan tidak disokong oleh nas. Sebaliknya lafaz cerita Abu Lahab menunjukkan azab yang seteruk teruknya telah menimpa secara berterusan. Manakala air itu hanya terlalu sedikit dan sementara tanpa menunjukkan keringanan azab yang lain. Lafaz riwayat al Ismaili dan Abdul Razak menunjukkan penyeksaan ini :

لم الق بعدكم رخاء / راحة 

"aku tidak mendapati sebarangan kesenangan atau kerehatan selepas kamu"

Lafaz Bukhari : 

فلما مات أبو لهب رآه بعض أهله في النوم بشر حيبة

"apabila mati Abu Lahab, setengah ahli keluarganya melihatnya dalam mimpi dalam keadaan yang paling buruk"
 
Manakala keadaan azab yang diterima oleh Abu Talib adalah seringan ringan azab. Itulah keringanan yang asal dan berterusan, bukan keringanan sementara seperti yang diberikan kepada Abu Lahab. 

Fakta 4

Ahli sirah telah berselisih pendapat mengenai bila Thuwaibah dimerdekakan. 1) selepas Rasulullah dilahirkan 2) sebelum Rasulullah dilahirkan 3) selepas hijrah. Tulisan 'sebelum hijrah' dalam fathul bari kemungkinan tersasul ketika salinan manuskrip. Ibnu Hajar dalam biografi sahabat membawa penyataan yang hampir sama tetapi dengan lafaz 'selepas hijrah'. Wallahualam. Sebahagian ulama mentarjih selepas hijrah seperti ibnu Abdil Bar (الاستيعاب) Sebahagian lagi mentarjih sejurus kelahiran Rasulullah SAW seperti مغلطاى (الإشارة), Ali al Halabi (السيرة الحلبية) dan al Suhaili (الروض). 

Yang menarik untuk diketahui, riwayat yang dinukil oleh ibnu Hajar adalah riwayat ibnu Sa'd daripada al Waqidi daripada beberapa org ahli ilmu. Jika penilaian hadis hendak digunakan, maka riwayat ini juga dhaif. Wallahualam. 

Fakta 5

Yer, kisah ini bersumberkan mimpi. Ia tidak dianggap hujah secara bersendirian. Hanya sokongan sekunder atau berita gembira. 

Wallahualam

Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Benarkah Abu Lahab Diringankan Azab Ketika Maulid?"

Post a Comment

Thank you for your comments