Seseorang Ragu-ragu Tentang Cecair yang Keluar Dari Kemaluannya




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

AS'SALAM ustaz sy nk tye ckit ni pg xdi sy bagun dri tdo sbelum mndi sy tggk kt ujun anu sy ni ade sdikit air xpi sy xthu ari mazi ke air mani xpi ambl bau nya xrse pn bau adekh air mazi ustaz klu air mani ade baua jdi ape hukum nya...ustaz tlng ajr sy sbb sy keliru...t.q

Jawapan kami;

Seseorang yang ragu-ragu tentang cecair yang keluar dari kemaluannya, sama ada cecair tersebut mani ataupun mazi, maka ketika itu dia boleh membuat pilihan. Sekiranya dia memilih untuk menghukumkan cecair tersebut sebagai mani, maka wajiblah ke atasnya mandi wajib. Namun, sekiranya dia memilih untuk menghukumkan cecair tersebut sebagai mazi, maka wajiblah ke atasnya membasuh anggota atau pakaian yang terkena mazi itu dan berwuduk tanpa perlu melakukan mandi wajib. Walaubagaimanapun, yang afdhalnya adalah membasuh anggota atau pakaian yang terkena cecair tersebut serta melaksanakan juga mandi wajib (al-Baijuri, al-Taqrirot al-Sadidah).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Seseorang Ragu-ragu Tentang Cecair yang Keluar Dari Kemaluannya"

Post a Comment

Thank you for your comments