Nafkah Kepada Ibu Bapa




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

As salam ustaz,saya nak tanya..mana lebih afdal beli barang dapur untuk mak ayah @ bagi duit kt mak ayah..mohon pencerahan ustaz..
Lagi satu..nak tolong @ bagi duit dekat mak ayah kena minta izin suami dulu ke..
Mohon pencerahan ustaz

Jawapan Kami

Dalam persoalan nafkah suami kpd isteri ada di sebutkan garis panduan iaitu jika suami berkelapangan pendapatannya maka di wajibkan memberi nafkah sebanyak dua cupak sehari, jika miskin secupak dan jika sederhana satu cupak setengah.
[Kifayah akhyar: 87]

Kemudian dalam hadis ketika ditanya Hindun r.a kpd Rasulullah SAW bolehkah dia mengambil harta Abu Sufyan r.a tanpa pengetahuan beliau... Rasulullah membenarkan hindun mengambil harta abu sufyan dgn cara yg baik secukupnya utk dirinya dan anak2 nya.
Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah nafkah yang diberikan kepada tanggungan di bawah kita boleh diberikan mengikut kesesuaian samada dalam bentuk wang ringgit atau dalam bentuk barangan keperluan.

Namun afdhalnya nafkah tersebut diberikan dalam bentuk wang supaya ibu bapa boleh mendapatakan keperluan merekan sendiri.
Nafkah kpd ibu bapa yang miskin merupakan kewajipan yg dpikulkan syara’ ke atas anak2 yg berkelapangan dan ianya tiada perbezaan antara anak perempuan dan anak lelaki.
[Kifah al Akhyar: 87]

Maka keizinan daripada suami tidak mempunyai sebarang kesan. Dengan kata lain anak perempuan yang berkelapangan pendapatannya tidak perlu meminta izin daripada suaminya utk memberikan nafkah wajib kepada kedua ibu bapanya. Di samping isteri tidak perlu meminta izin suami utk berbelanja dengan harta miliknya.

Wallahu a’lam

Oleh Ustaz Aziz @azizkanun

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Nafkah Kepada Ibu Bapa"

Post a Comment

Thank you for your comments