Solat Wajib Juga bagi Orang yang Sakit.






Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz
Kwn sy ni demam..Drah rendah..Suhu bdan tinggi..Kne msuk air..Dlm keadaan mcm tu bleh x dia qada solat??ke dia kne solat dlm keadaan trbaring??

Jawapan kami:

Sahabat Nabi  ﷺ iaitu ‘Imran bin Husain R.A telah bertanya kepada Nabi tentang bagaimana beliau hendak melakukan solat dalam keadaan beliau mempunyai penyakit buasir, lalu Rasulullah ﷺ menjelaskan kepada beliau yg bermaksud:

“Hendaklah kamu menunaikan solat dalam keadaan berdiri, jika kamu tidak mampu, maka lakukanlah dalam keadaan duduk,  dan sekiranya kamu tidak mampu juga, tunaikanlah solat dalam keadaan berbaring”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

Disertakan gambarajah utk Panduan Solat bagi Orang yang Sakit.

WallaaHu'alam.

Oleh Ustaz Mohd Firdaus

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment " Solat Wajib Juga bagi Orang yang Sakit."

Post a Comment

Thank you for your comments